Calon Warisan hormat Hajiji sebagai bapa saudara, tapi yakin menang di Sulaman

0

Calon Warisan bagi DUN Sulaman Aliasgar Basri berkata, parti itu ‘sangat-sangat yakin’ untuk merampas kerusi berkenaan daripada penyandangnya Hajiji Noor yang mewakili Perikatan Nasional.

KOTA KINABALU : Calon Warisan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Aliasgar Basri berkata, beliau menghormati calon Perikatan Nasional (PN), Hajiji Noor, sebagai bapa saudaranya, namun dalam politik perbezaan pandangan adalah lumrah.

Katanya, adalah tidak mustahil bagi beliau menewaskan pengerusi PPBM Sabah itu walaupun Hajiji dilihat tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan kerusi berkenaan selepas menang besar dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

“Hajiji adalah bapa saudara saya, tetapi politik adalah berbeza. Tidak mustahil apa yang berlaku di (Parlimen) Kota Belud dulu apabila Munirah (Majilis) menewaskan bapa saudaranya Salleh (Said) Keruak akan berlaku di Sulaman.

“Kami yakin akan memenangi kerusi ini, sangat-sangat yakin,” katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon bagi DUN Sulaman di Dewan Seri Sulaman dekat sini, hari ini.

Aliasgar berkata, pengumuman perdana menteri, Muhyiddin Yassin yang mencalonkan Hajiji sebagai ketua menteri sekiranya Gabungan Rakyat Sabah menang pada PRN kelak, juga tidak akan menjejaskan peluang mereka untuk memenangi kerusi Sulaman.

“Mereka boleh mencalonkan sesiapa sahaja, saya pun boleh mencalonkan diri saya sebagai ketua menteri, tetapi bagi kami dalam Warisan Plus, hanya ada satu calon iaitu Shafie Apdal, tidak seperti mereka (PN, BN dan PBS),” katanya.

Selain Hajiji, beliau juga berdepan saingan calon Parti Cinta Sabah (PCS) di situ.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM418,390.79
Ethereum (ETH) RM7,911.68
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,579.03
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.18
BUSD (BUSD) RM4.23
Cardano (ADA) RM2.97
Solana (SOL) RM635.26
Dogecoin (DOGE) RM0.754794
Polkadot (DOT) RM17.56
Polygon (MATIC) RM0.94499
Lido Staked Ether (STETH) RM7,913.80
Shiba Inu (SHIB) RM0.000056
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM85.12