Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 27,638 kes Covid-19 masih aktif. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 2,465 kes semalam berbanding 2,022 pada hari sebelumnya, dengan lima kematian dicatatkan.
Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu itu meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 kepada 4,988,759 kes, dengan 36,657 kematian.
Sehingga tengah malam tadi, terdapat 27,638 kes masih aktif, termasuk 92 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 51 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 1,932 orang atau 7% menerima rawatan di hospital.
Seramai 2,029 pesakit dilaporkan sembuh.