Covid-19: MASwings kurangkan penerbangan | Harian Metro

0

MASwings pengurangan kekerapan dan penangguhan penerbangan bagi MASwings ATR72-500 dan DHC6 Vikings berkuat kuasa hari ini sehingga 31 Mac depan.

Pegawai Jabatan Komunikasi MASWings yang berpangkalan di Kota Kinabalu, Rozanah Robert berkata, pengumuman itu dilakukan berikutan sekatan perjalanan berterusan yang dikenakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

“Keputusan yang dibuat ini adalah berdasarkan kepada faktor tempahan penerbangan yang sangat rendah.

“Permintaan pelanggan juga merosot berikutan arahan duduk di rumah dan bagi mematuhi PKP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rozanah berkata, orang awam tidak keluar kerana patuh dengan PKP serta dasar larangan perjalanan antara Sabah dan Sarawak yang dikenakan ke atas pelancong luar dan pelancong tempatan.

“Sehubungan ini, MASwings akan menangguhkan penerbangannya dari Kota Kinabalu ke Mulu, Limbang, Lawas dan Kudat serta dari Kuching ke Mulu dan dari Tawau ke Tarakan, Indonesia.

“Penerbangan dari Miri ke Bintulu dan dari Kudat ke Sandakan juga akan ditangguhkan buat sementara waktu,” katanya.

Beliau berkata, MASwings beroperasi sepenuhnya di bawah Tanggungjawab Perkhidmatan Sosial (PSO) sejak 18 hingga 20 Mac dan hanya mengurangkan operasinya sebanyak 16 peratus, setakat 21 Mac.

“Ia dibuat untuk menampung keperluan penduduk tempatan dan pelancong lain yang mempunyai keperluan untuk pulang dan hanya 12 peratus daripada kapasiti tempat duduk yang ditawarkan digunakan.

“MASwings bagaimanapun komited untuk terus menyediakan perkhidmatan penerbangan dengan kekerapan yang dikurangkan dan dengan menawarkan sambungan penerbangan alternatif jika perlu,” katanya.

Katanya, dalam mematuhi PKP semua pejabat tiket MASwings di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan beroperasi dari 8 pagi hingga 2 petang setiap hari sehingga 31 Mac 2020.

Untuk maklumat terkini dan bantuan mengenai penangguhan perjalanan atau pertanyaan lain, sila hubungi talian bebas tol MASwings di 1-300-88-3000 dan +60-7843-3000 (untuk luar Malaysia) atau lawati laman web rasmi MASwingsdi www.maswings.com.my / www.malaysiaairlines.com.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Source link

    Leave A Reply
    Bitcoin (BTC) RM406,339.27
    Ethereum (ETH) RM7,623.76
    Tether (USDT) RM4.33
    BNB (BNB) RM2,585.64
    USDC (USDC) RM4.33
    XRP (XRP) RM9.35
    BUSD (BUSD) RM4.33
    Cardano (ADA) RM2.93
    Solana (SOL) RM615.07
    Dogecoin (DOGE) RM0.736099
    Polkadot (DOT) RM17.66
    Polygon (MATIC) RM1.00
    Lido Staked Ether (STETH) RM7,625.83
    Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
    Dai (DAI) RM4.33
    TRON (TRX) RM1.06
    Avalanche (AVAX) RM90.23