Cukai jalan kenderaan persendirian tamat tempoh 3 tahun tak perlu ke Puspakom, kata JPJ

0

Mulai esok, kenderaan persendirian yang tamat tempoh cukai jalan kurang 3 tahun tidak perlu menjalani pemeriksaan di Puspakom. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan mengesahkan pekeliling yang tersebar di media sosial mengenai kenderaan persendirian tamat tempoh cukai jalan kurang 3 tahun tidak perlu menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dikeluarkan agensi itu.

Pengarah Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik JPJ, Mohammad Yatim Nawawi berkata, pekeliling yang akan berkuat kuasa esok itu membabitkan motosikal dan kereta persendirian.

“Untuk proses pembaharuan cukai jalan, pemilik kenderaan boleh memperbaharuinya secara dalam talian, namun perlu menggunakan transaksi MySikap.

“Maklumat lanjut mengenai pekeliling ini akan diumumkan Kementerian Pengangkutan petang ini,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman penerbitan drama Skuad JPJ dengan syarikat penerbitan Kalamariff Holdings Sdn Bhd hari ini.

Sebelum ini, kenderaan persendirian yang tamat tempoh cukai jalan lebih 12 bulan perlu menjalani pemeriksaan di Puspakom sebelum memperbaharui cukai jalan.

Sementara itu, Yatim berkata, drama 13 episod Skuad JPJ berkisar mengenai tugas anggota JPJ dan bertujuan mendidik masyarakat mengenai kepentingan mematuhi peraturan serta undang-undang jalan raya.

“Penggambaran drama ini dijangka bermula 1 Oktober ini dan bakal ditayangkan April tahun depan di RTM sempena sambutan Hari JPJ 2021.”

Drama arahan Fazli Yahya itu akan dibintangi Rashdan Baba, Saharul Ridzwan dan Fify Azmi.

Penggambarannya dijangka mengambil 45 hari membabitkan 90% lokasi di sekitar Lembah Klang, manakala bakinya bergantung kepada olahan skrip.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM446,820.00
Ethereum (ETH) RM10,963.79
Tether (USDT) RM4.24
BNB (BNB) RM2,837.01
USDC (USDC) RM4.24
XRP (XRP) RM9.24
BUSD (BUSD) RM4.20
Cardano (ADA) RM2.97
Solana (SOL) RM682.88
Dogecoin (DOGE) RM0.858362
Polkadot (DOT) RM17.72
Polygon (MATIC) RM0.929346
Lido Staked Ether (STETH) RM10,956.88
Shiba Inu (SHIB) RM0.000056
Dai (DAI) RM4.24
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM91.33