Dada, perut Zaharif digilis, saksi beritahu mahkamah

0

Pegawai kanan polis Mohd Nazri Abdul Razak didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh seorang remaja di Jalan Taman Jati 1 berhampiran SMK Jati, pada Disember 2023. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Dada dan perut Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie digilis tayar Perodua Ativa berwarna putih di persimpangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, dekat Meru, Mahkamah Tinggi Ipoh diberitahu.
Saksi pendakwaan ke-16, Azura Yusoff, 50, berkata Zaharif, 17, terhumban ke hadapan dalam kejadian pada Disember tahun lalu, apabila motosikal ditunggangnya dilanggar kenderaan terbabit.
Guru wanita itu berkata, beliau melihat tayar hadapan dan belakang sebelah kanan Perodua Ativa menggilis antara bahagian dada dan perut.
“Semasa kejadian, saya berada dalam kereta Toyota Wish yang berada berhampiran pintu pagar utama sekolah, sambil menunggu menjemput anak perempuan saya berusia 15 tahun pulang.
“Kedudukan kereta saya adalah menghadap ke kawasan persimpangan simpang tiga terbabit,” katanya menurut Berita Harian ketika membacakan pernyataan bertulis di hadapan Hakim Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet pada prosiding kes pegawai kanan polis didakwa membunuh Zaharif.
Saksi yang bertugas sebagai guru di SMK Jelapang Jaya itu berkata, ketika itu dia sedang melihat telefon bimbitnya sebelum mendengar bunyi dentuman kuat.
“Kereta Perodua Ativa terbabit kemudian berhenti di hadapan sebuah kereta Proton Saga merah yang parkir di hadapan kereta saya.
“Saya ada bunyikan hon, saya lihat pemandu kereta tidak serta-merta keluar. Selang beberapa saat kemudian baru pemandu Ativa iaitu seorang lelaki keluar dari kenderaannya dan menuju ke tempat pelanggaran,” katanya.
Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz, saksi itu mengesahkan tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 45, yang duduk di kandang tertuduh sebagai pemandu Ativa dilihatnya.
Dalam pemeriksaan balas peguam M Athimulan, saksi itu menyatakan dia mengetahui mangsa adalah pelajar SMK Jati berdasarkan pakaian dikenakan berwarna kuning.
Mengikut pertuduhan, pegawai kanan polis, Nazri didakwa membunuh Zaharif di Jalan Taman Jati 1 berhampiran SMK Jati antara 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari, 15 Dis 2023.
Pegawai berpangkat deputi superintendan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan sebatan minimum 12 kali, jika sabit kesalahan.
Selain Afzainizam, pasukan pendakwaan dibarisi Nasrul Hadi Abdul Ghani, V Suloshani, dan Low Qin Hui, manakala tertuduh diwakili peguam Athimulan, Mior Faridalathrash Wahid, dan Aiman Hakim Kamaruzzaman.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM416,935.93
Ethereum (ETH) RM7,962.71
Tether (USDT) RM4.31
BNB (BNB) RM2,586.02
USDC (USDC) RM4.31
XRP (XRP) RM9.58
BUSD (BUSD) RM4.31
Cardano (ADA) RM3.07
Solana (SOL) RM649.94
Dogecoin (DOGE) RM0.78542
Polkadot (DOT) RM18.16
Polygon (MATIC) RM1.04
Lido Staked Ether (STETH) RM7,962.45
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.31
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM93.62