Dakwaan Mahathir hanya nak tutup kelemahan kalah pemilihan, kata pemimpin Bersatu

0

Timbalan Ketua Bersatu Selangor Rafiq Abdullah mendakwa Mahathir Rais keluar parti kerana kecewa kalah pada pemilihan parti serta tidak dilantik dalam kepimpinan negeri.
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu mendakwa Mahathir Rais terus membuat pelbagai dakwaan terhadap parti itu hanya kerana ingin menutup kelemahannya kalah pada pemilihan tahun lepas.
Timbalan Ketua Bersatu Selangor Rafiq Abdullah berkata, Mahathir yang juga bekas setiausaha Bersatu Wilayah Persekutuan sepatutnya bermuhasabah atas kegagalan mempertahankan jawatan ketua Segambut.
“Beliau keluar parti sebab kecewa kalah ketua bahagian dan tak dilantik dalam kepimpinan negeri, jadi beliau keluar kenyataan seperti itu untuk tutup kelemahan diri sendiri gagal dapat sokongan akar umbi.
“Ini orang kecewa dalam politik, pergilah cari parti yang dia rasa betul atau buat parti sendiri … jangan bising-bising lagi,” katanya kepada FMT.
Semalam, Mahathir yang juga bekas ketua Bersatu Segambut mendedahkan beliau keluar parti itu pada 11 Jan lepas kerana mendakwa ia kini dibelenggu individu mengutamakan agenda peribadi berbanding perjuangan penubuhan parti.
Beliau mendakwa, beberapa bekas ahli Umno yang masih setia terhadap bekas perdana menteri Najib Razak dan menyertai Bersatu telah berusaha melemahkan nilai diperjuangkan parti itu.
Mahathir turut mempersoalkan ketiadaan perancangan dan hala tuju jelas Bersatu serta Perikatan Nasional (PN) dalam mentadbir Putrajaya yang disifatkan berbahaya untuk negara serta tidak mampu kekal lama.
Beliau juga membidas usaha berterusan PN mengambil alih pentadbiran Putrajaya sebelum PRU16 atau melalui pintu belakang, yang menyebabkan rakyat bosan dengan ketidakstabilan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM409,623.84
Ethereum (ETH) RM7,781.36
Tether (USDT) RM4.33
BNB (BNB) RM2,593.38
USDC (USDC) RM4.33
XRP (XRP) RM9.56
BUSD (BUSD) RM4.32
Cardano (ADA) RM2.97
Solana (SOL) RM635.54
Dogecoin (DOGE) RM0.749142
Polkadot (DOT) RM17.83
Polygon (MATIC) RM1.03
Lido Staked Ether (STETH) RM7,774.96
Shiba Inu (SHIB) RM0.000058
Dai (DAI) RM4.33
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM91.48