Dasar tak iktiraf 2 kewarganegaraan kekal

0

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan tidak mahu usik dasar tidak mengiktiraf dua kewarganegaraan. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Malaysia kekal dengan dasar tidak mengiktiraf pemilikan lebih daripada satu kewarganegaraan, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

“Buat masa sekarang dasar itu kekal, kita tidak mahu usik apa-apa lagi.

“Kalau nantinya kita hadapi keadaan berbeza, apakah kita ke arah itu? Kita buat keputusan waktu itu,” katanya mengulas sama ada kerajaan sedia menyemak balik dasar tidak mengiktiraf dua kewarganegaraan.

Beliau berkata demikian dalam sesi libat urus bersama ketua pengarang media.

Sementara itu, Saifuddin menyatakan sebanyak 17,400 permohonan kewarganegaraan berjaya diselesaikan setakat hari ini (11 Okt), melepasi sasaran ditetapkannya.

“Saya letak satu penanda aras bahawa tahun ini iaitu saya sasarkan keputusan permohonan kewarganegaraan adalah 17,000.

“Hari ini kita telah cecah 17,400, baru bulan Oktober dan saya ada dua bulan lagi… 80% daripadanya (permohonan) adalah membabitkan Perkara 15A Perlembagaan,” katanya.

Mengenai isu Bajau Laut di Sabah, beliau berkata kerajaan persekutuan bersama kerajaan negeri sentiasa mengambil inisiatif tertentu bagi membantu kumpulan itu.

Antara inisiatif dilaksana adalah membangunkan 100 buah rumah untuk memindahkan mereka serta bantuan pekerjaan dalam pelbagai bidang, antaranya perladangan atau pertukangan.

“Anak mereka yang berada tanpa jagaan misalnya, ditempatkan di rumah jagaan dan kerajaan Sabah dan badan bukan kerajaan (NGO) beri mereka pendidikan asas,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM416,185.20
Ethereum (ETH) RM7,977.98
Tether (USDT) RM4.31
BNB (BNB) RM2,605.44
USDC (USDC) RM4.31
XRP (XRP) RM9.66
BUSD (BUSD) RM4.31
Cardano (ADA) RM3.04
Solana (SOL) RM656.88
Dogecoin (DOGE) RM0.772494
Polkadot (DOT) RM18.03
Polygon (MATIC) RM1.06
Lido Staked Ether (STETH) RM7,971.17
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.31
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM92.46