Didakwa terima rasuah, pegawai dan 2 penguasa Kastam mengaku tak salah

0

Mahkamah Sesyen Sham Alam membenarkan tertuduh diikat jamin di antara RM8,000 dan RM10,000.
PETALING JAYA: Seorang pegawai dan dua pembantu penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah berhubung kes melepaskan lori barangan tanpa pemeriksaan dari kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mohd Nasrizal Othman, 37; Mazuki A Kadir, 54, dan Ahmad Samirruddin Muhammad Japri, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud, menurut Berita Harian.
Nasrizal didakwa dengan lima pertuduhan menerima suapan keseluruhan berjumlah RM1,150 antara 25 Januari 2017 hingga 1 Jun 2019, manakala Mazuki didakwa dengan 10 pertuduhan menerima suapan keseluruhan berjumlah RM2,900 antara 19 April 2018 dan 4 April 2023.
Samirruddin pula didakwa dengan sembilan pertuduhan menerima suapan berjumlah keseluruhan RM4,550 antara 31 Mei 2017 hingga 2 April 2019.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di cawangan sebuah bank di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 serta Bandar Baru Salak Tinggi.
Semua mereka didakwa secara rasuah memperoleh suapan daripada seorang pemilik syarikat berusia 38 tahun, melalui pemindahan wang secara dalam talian ke akaun bank masing-masing sebagai dorongan untuk tidak memeriksa lori-lori kargo milik syarikat itu, yang membawa keluar barangan dari Kargo KLIA.
Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd ‘Afif Ali dan Maziah Mohaide mengendalikan pendakwaan manakala peguam Muhammad Aizat Fakri mewakili Nasrizal dan Mazuki manakala Samirruddin diwakili peguam Adhwa’ Afiqah Mohd Azmi.
Mahkamah membenarkan Nasrizal dijamin dengan RM8,000 manakala Mazuki dan Samirruddin masing-masing dijamin dengan RM10,000.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM406,483.56
Ethereum (ETH) RM7,788.92
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,509.94
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.33
BUSD (BUSD) RM4.25
Cardano (ADA) RM2.93
Solana (SOL) RM625.97
Dogecoin (DOGE) RM0.735651
Polkadot (DOT) RM16.71
Polygon (MATIC) RM0.98615
Lido Staked Ether (STETH) RM7,785.73
Shiba Inu (SHIB) RM0.000054
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM85.06