Dr M lepas jawatan pengerusi Pejuang

0

Seorang pemimpin Pejuang berkata, keluarga Dr Mahathir Mohamad mahu beliau berundur daripada politik.
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan pengerusi Pejuang yang diasaskannya pada 2020 selepas meninggalkan Bersatu.
Keluarga Mahathir mahu beliau berundur daripada politik dan “teruskan hidup sebagai negarawan”, menurut seorang pemimpin Pejuang yang enggan dinamakan,
Tetapi, katanya: “Saya tidak pasti sama ada itu memang alasannya.”
Beberapa laporan menyatakan Mahathir kekal sebagai pengerusi Gerakan Tanah Air, gabungan beberapa parti berasaskan Melayu, NGO, ahli akademik dan juga profesional, yang ditubuhkannya sebelum pilihan raya umum ke-15.

GTA meletakkan 158 calon pada PRU15, dengan 116 daripadanya bertanding di kerusi Parlimen. Mereka bertanding atas tiket Pejuang, malangnya semua kecundang.
Mahathir dan anaknya, Mukhriz, antara 369 calon PRU15 yang hilang wang deposit mereka kerana mendapat kurang 1/8 undi di kerusi Parlimen Langkawi dan Jerlun.
Mahathir hanya meraih 4,566 undi dalam pertembungan lima penjuru di kerusi Langkawi, dengan calon Perikatan Nasional memenangi kerusi itu.
Mahathir menjadi presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional dari 1981 hingga 2003, beliau juga perdana menteri ketika itu. Beliau meninggalkan Umno pada 2016 dan menubuhkan Bersatu, yang kemudiannya menganggotai Pakatan Harapan bersama PKR, DAP, Amanah dan Upko.

Beliau meninggalkan Bersatu pada 2020 selepas Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengetuai parti itu menubuhkan kerajaan baharu dengan PAS dan BN. Mahathir menubuhkan Pejuang pada tahun sama.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM458,649.03
Ethereum (ETH) RM10,777.12
Tether (USDT) RM4.27
BNB (BNB) RM2,802.54
USDC (USDC) RM4.27
XRP (XRP) RM9.88
BUSD (BUSD) RM4.19
Cardano (ADA) RM3.21
Solana (SOL) RM746.50
Dogecoin (DOGE) RM0.967811
Polkadot (DOT) RM19.54
Polygon (MATIC) RM1.01
Lido Staked Ether (STETH) RM10,780.71
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.27
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM98.92