Draf MoU ditolak: Zahid yakin akan runding semula

0

TPM Zahid Hamidi kata MoU peruntukan berbeza dengan CSA yang diberi kepada pembangkang ketika pentadbiran Ismail Sabri. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM: Timbalan perdana menteri yakin akan ada rundingan semula selepas pembangkang hari ini menolak draf memorandum persefahaman (MoU) peruntukan.
Bagaimanapun, Zahid Hamidi percaya rundingan itu ‘tidak lari’ daripada syarat-syarat yang terkandung dalam draf yang ditolak.
“Saya pasti akan ada rundingan tetapi tak lari dari syarat-syarat yang ada dari draf MoU,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung MIC di IDCC Shah Alam.
Zahid mengulas keputusan Perikatan Nasional menolak draf daripada kerajaan berkait peruntukan kepada pembangkang.
Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin mendakwa draf berkenaan mengandungi perkara dilihat mengongkong kebebasan bersuara Ahli Parlimen, antara lain.
Hamzah tidak mendedahkan butiran terperinci terkandung dalam MoU dirujuk, dalam kenyataannya.
Dalam pada itu, Zahid berkata MoU ini berbeza dengan perjanjian kepercayaan dan bekalan (CSA) yang diberikan kepada pembangkang ketika pentadbiran Ismail Sabri.
Katanya, pemerintah ketika itu memerlukan sokongan untuk meluluskan ucapan dan peruntukan belanjawan.
“Tapi pada kali ini dengan adanya 153 sokongan Ak Parlimen, CSA tidak diperlukan,” katanya.
Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata Kerajaan sedang menunggu surat rasmi daripada pembangkang berhubung MoU itu.
Fadillah berharap pembangkang akan mengemukakan cadangan balas terhadap perkara-perkara yang tidak dipersetujui dalam draf berkenaan.
“Kita akan bincang lanjut sama ada kita perlu meneruskan rundingan atau jika ini adalah keputusan muktamad daripada pihak pembangkang yang mereka tidak mahu berunding lagi,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM409,743.61
Ethereum (ETH) RM7,801.88
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,546.76
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.38
BUSD (BUSD) RM4.24
Cardano (ADA) RM3.00
Solana (SOL) RM630.87
Dogecoin (DOGE) RM0.760802
Polkadot (DOT) RM17.51
Polygon (MATIC) RM0.994452
Lido Staked Ether (STETH) RM7,802.05
Shiba Inu (SHIB) RM0.000056
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM88.72