Edar dadah dalam bangsal lembu, 3 lelaki ke tali gantung

0

Tiga tertuduh dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM: Tiga lelaki dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis heroin dan Monoacetylmorphines seberat 585.1 gram (g) dalam sebuah bangsal lembu di Rawang, empat tahun lepas.
Hakim Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman itu terhadap C Peter Yesudas, 55; V Kasinathan, 43, dan K Nagaraj, 57, selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi tertuduh.
Beliau berkata, keterangan ketiga-tiga tertuduh didapati lebih berkisar kepada penafian dan “after thought” (pertimbangan semula), selain gagal disokong bukti konkrit.
“Mereka juga didapati mempunyai milikan secara langsung, iaitu perbuatan memproses dadah dan tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai dadah di dalam bangsal.

“Terdapat juga bukti asid deoksiribonukleik (DNA) setiap tertuduh di tempat kejadian dan keterangan secara keseluruhan ketiga-tiga tertuduh mempunyai kawalan serta jagaan terhadap bangsal itu,” katanya.
Hakim juga memerintahkan pertuduhan serupa terhadap seorang lagi tertuduh, M Radakrishnan, 52, dibatalkan kerana lelaki itu meninggal dunia semasa dalam tahanan.
Berdasarkan kedua-dua pertuduhan itu, semuanya bersama S Balaguhan, 50, yang masih bebas dengan niat bersama didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 432.5g dan Monoacetylmorphines seberat 152.6g di Rawang kira-kira 12.40 tengah hari 26 Nov 2019.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Seramai 22 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan, iaitu tertuduh memberi keterangan, selain 317 eksibit dikemukakan sepanjang perbicaraan bermula 15 Nov 2021.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zuraini Abdul Razak, manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Norman Mohd Nasir.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM456,000.23
Ethereum (ETH) RM10,693.70
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,829.08
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.77
BUSD (BUSD) RM4.17
Cardano (ADA) RM3.16
Solana (SOL) RM729.13
Dogecoin (DOGE) RM0.931755
Polkadot (DOT) RM18.79
Polygon (MATIC) RM0.980704
Lido Staked Ether (STETH) RM10,688.58
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM95.07