Ekonomi kembali rancak | Harian Metro

0

KEBENARAN rentas negeri dan daerah dibenarkan seluruh negara kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini dijangka membantu merancakkan lagi ekonomi negara.

Ketua Ekonomi, Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari berkata, ia berikutan langkah itu akan menyebabkan mobiliti buruh dan pergerakan memperoleh barangan menjadi lebih mudah.

Katanya, keadaan itu sekali gus membantu menyokong pemulihan ekonomi negara dalam situasi pandemik Covid-19 ini.

“Kebenaran merentas daerah dan negeri adalah suatu keadaan dan keputusan yang progresif kepada ekonomi.

“Ini kerana selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), aktiviti ekonomi tidak dapat beroperasi secara sepenuhnya kerana batasan tertentu.

“Walaupun impak PKPB dijangka minimum, tetapi ia boleh memberi impak lebih besar jika tempohnya berpanjangan.

“Kebenaran pergerakan ini membantu merancakkan lagi ekonomi keseluruhan negara kita,” katanya kepada Bisnes Metro di sini, semalam.

Selain itu, Dr Mohd Yusof berkata, antara sektor ekonomi yang akan mendapat manfaat daripada kebenaran rentas daerah dan negeri adalah pelancongan domestik.

“Langkah ini juga dijangka akan memberi kelegaan kepada sektor hotel, penginapan, restoran dan aktiviti kebudayaan.

“Kadar penginapan di hotel pula, saya lihat akan kembali meningkat selepas menurun mendadak sepanjang tempoh PKPB sebelum ini kerana ramai yang akan mengambil peluang pulang ke negeri masing-masing,” katanya.

Kelmarin, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan kebenaran pergerakan merentas daerah dan negeri dibenarkan di seluruh negara kecuali di kawasan yang dikenakan PKPD mulai hari ini.

Beliau berkata, perlu ada keseimbangan antara keperluan ekonomi dan menjaga kesihatan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM409,027.68
Ethereum (ETH) RM7,836.56
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,557.24
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.33
BUSD (BUSD) RM4.25
Cardano (ADA) RM2.99
Solana (SOL) RM626.31
Dogecoin (DOGE) RM0.750498
Polkadot (DOT) RM17.17
Polygon (MATIC) RM0.977777
Lido Staked Ether (STETH) RM7,828.21
Shiba Inu (SHIB) RM0.000055
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.05
Avalanche (AVAX) RM87.74