Elak jadi ‘zoo konkrit’, kerajaan tapis ketat permohonan taman hidupan liar

0

Nik Nazmi Nik Ahmad menyampaikan anugerah The Malaysia Book of Records kepada Pengerusi Eksekutif JL99 Group Lee Boon Kiat mewakili 99 Wonderland Park.
KUALA LUMPUR: Sebarang pembukaan taman hidupan liar di dalam negara khususnya di ibu kota perlu melalui tapisan ketat termasuk latar belakang syarikat pengendali, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Ini kerana, beliau berkata kebanyakan binatang liar diimport dari luar negara itu akan diletakkan di dalam ‘zoo konkrit’ yang menyebabkan pergerakannya agak terbatas berbanding habitat sebenar.
“Tak kira pun siapa pelihara, kita akan siasat dahulu sebab ini bukan perniagaan biasa.
“Kita tak mahu ada tekanan pada binatang tersebut apabila berada dalam taman tema seperti ini,” katanya selepas menyampaikan anugerah The Malaysia Book of Records kepada 99 Wonderland Park yang mempamerkan tapir jakuzi pertama dalam negara, kucing tulap Afrika dan musang palma Afrika pertama dalam kawanan.
Turut hadir Pengerusi Eksekutif JL99 Group Lee Boon Kiat yang juga pemilik taman tema berkenaan.
Nik Nazmi Nik Ahmad bersama pengunjung bermesra bersama burung unta di taman tema 99 Wonderland di Selayang sempena penganugerahan tiga sijil Malaysia Book of Records.
Selain tiga hidupan liar berkenaan, 99 Wonderland Park yang terletak hanya 10 minit pemanduan dari ibu kota turut menempatkan 100 spesis campuran haiwan eksotik, jinak dan liar antaranya buaya tembaga, beruang matahari dan kapibara atau babi air.
Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata pihaknya bersedia membantu mana-mana individu atau syarikat yang mahu membuka taman hidupan liar seumpamanya dengan memberi advokasi kebajikan serta tempat tinggal sesuai bagi hidupan liar yang ingin dibawa masuk.
“Sebarang pemindahan hidupan liar mempunyai syarat sangat ketat dan mereka perlu bincang dengan kita, serta Jabatan Perhilitan untuk lihat perkara ini betul-betul lestari dan mesra untuk binatang-binatang (yang akan dibawa masuk).
“Perhilitan akan pastikan kurungan dan kebajikan lain haiwan itu dalam keadaan baik sebab ramai yang tengok muda nak buat tapi ia tidak semudah itu,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM420,633.51
Ethereum (ETH) RM8,004.57
Tether (USDT) RM4.32
BNB (BNB) RM2,593.77
USDC (USDC) RM4.32
XRP (XRP) RM9.63
BUSD (BUSD) RM4.31
Cardano (ADA) RM3.06
Solana (SOL) RM649.10
Dogecoin (DOGE) RM0.787649
Polkadot (DOT) RM18.23
Polygon (MATIC) RM1.03
Lido Staked Ether (STETH) RM7,999.17
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.32
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM92.92