EU laksana akta had sekatan guna AI

0

EU mula melaksanakan Akta AI bukan hanya untuk melindungi pengguna, tetapi juga memastikan penggunaan AI yang bertanggungjawab. (Gambar Freepik)

BRUSSELS: Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Akta tersebut melarang penggunaan program AI yang mengeksploitasi kelemahan manusia, seperti penggunaan teknik subliminal atau ingatan bawah sedar dan pemarkahan sosial untuk tujuan awam dan swasta.

“Penggunaan sistem AI mempunyai potensi kuat untuk membawa manfaat kepada masyarakat, pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan inovasi EU serta daya saing global,” menurut EU, sambil memberi amaran terhadap ‘risiko baharu yang berkaitan dengan keselamatan pengguna, termasuk keselamatan fizikal, dan hak asasi manusia’.

Beberapa model AI berkuasa tinggi yang kini digunakan secara meluas ‘boleh menimbulkan risiko sistemik’, menurutnya.

Pengecaman emosi di tempat kerja atau institusi pendidikan diharamkan, kecuali untuk tujuan perubatan atau keselamatan, seperti mengesan keletihan dialami juruterbang.

Pengkategorian biometrik di ruang awam, contohnya oleh pengawasan kamera, juga akan diharamkan. Hanya polis dan badan keselamatan lain akan dibenarkan menggunakan pengecaman wajah untuk menjejaki jenayah tertentu, seperti pemerdagangan orang dan keganasan.

Mulai Ahad, syarikat yang membangunkan atau menggunakan AI perlu menilai sistem mereka mengikut tahap risiko dan mengambil langkah sesuai untuk mematuhi keperluan undang-undang.

Tujuan akta ini bukan hanya untuk melindungi pengguna, tetapi juga memastikan penggunaan AI yang bertanggungjawab.

Penyedia dan pengendali sistem AI juga perlu memastikan mereka yang terlibat dalam pembangunan atau penggunaan AI memiliki tahap kompetensi AI yang mencukupi.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM406,389.81
Ethereum (ETH) RM7,774.47
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,511.13
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.29
BUSD (BUSD) RM4.25
Cardano (ADA) RM2.92
Solana (SOL) RM619.67
Dogecoin (DOGE) RM0.736661
Polkadot (DOT) RM16.79
Polygon (MATIC) RM0.975079
Lido Staked Ether (STETH) RM7,773.58
Shiba Inu (SHIB) RM0.000055
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.05
Avalanche (AVAX) RM84.80