Gadis 18 tahun ‘bookie’ Piala Dunia ditahan

0

Gadis itu ditahan dalam serbuan polis di sebuah kedai makan di Matang Jaya, Kuching.
PETALING JAYA: Dua “bookie” termasuk seorang gadis berusia 18 tahun ditahan selepas didapati terbabit dalam pertaruhan keputusan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2022 dan ejen nombor loteri tanpa lesen.
Suspek terbabit ditahan polis dalam serbuan di Matang Jaya, Kuching, bermula 3.45 petang semalam.
Dalam serbuan pertama, anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menahan gadis itu di sebuah kedai makan.
Ketua Polis Padawan, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata suspek disyaki menjadi ejen judi pertaruhan bola sepak dan ejen nombor loteri tanpa lesen.

“Polis turut merampas dua unit telefon, empat keping kertas jadual perlawanan bola sepak Piala Dunia 2022 serta wang tunai berjumlah RM420,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata, suspek mengaku bekerja sebagai ejen judi pertaruhan atau “bookie” serta ejen menjual nombor loteri tanpa lesen.
“Dalam serbuan kedua di sebuah gerai buah-buahan pada 4.45 petang, polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun. Suspek turut dipercayai menjadi ejen judi pertaruhan bola sepak dan ejen jual nombor loteri tanpa lesen.
“Polis merampas dua telefon bimbit dan wang tunai RM540,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM442,294.40
Ethereum (ETH) RM10,595.41
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,746.37
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM9.97
BUSD (BUSD) RM4.27
Cardano (ADA) RM3.19
Solana (SOL) RM714.69
Dogecoin (DOGE) RM0.920465
Polkadot (DOT) RM19.89
Polygon (MATIC) RM0.998709
Lido Staked Ether (STETH) RM10,612.03
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.17
Avalanche (AVAX) RM95.89