Ganjaran RM10,000 maklumat peracun anjing

0

Penduduk berhimpun di Jalan Lembah Permai, Tanjung Bungah ‘memberi penghormatan’ kepada anjing diracun hari ini.

GEORGE TOWN: Seorang penderma enggan dikenali menawarkan ganjaran RM10,000 untuk maklumat yang membawa kepada penahanan dan pendakwaan individu bertanggungjawab ke atas siri keracunan anjing di Tanjung Bungah.

Sejak beberapa minggu lalu, lebih 20 anjing, termasuk seekor husky peliharaan, disyaki diracun khasnya di sekitar Lembah Permai, Tanjung Bungah.

Dalam sebuah majlis dihadiri lebih 100 penduduk dan pemilik haiwan peliharaan hari ini, sukarelawan yang memberi makanan kepada anjing, Linda Yong menggesa individu mempunyai petunjuk berkaitan menghubungi pertubuhan Bantuan Antarabangsa Perlindungan dan Kebajikan Haiwan (IAPWA) Pulau Pinang atau Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Linda Yong
Linda Yong.

“Haiwan ini seperti keluarga bagi saya. Setiap anjing mempunyai keperibadian unik dan ia membawa kegembiraan kepada individu mengenali dan menjaganya,” kata Yong yang menghadiri majlis itu di luar Mira Residences.

Yong menyeru kerajaan Pulau Pinang menubuhkan cawangan bagi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) di pulau itu kerana sukar untuk membawa bangkai haiwan ke makmal DVS sejauh 30km di tanah besar.

DVS mengkehendaki pemilik berbuat demikian apabila terdapat permintaan untuk mencari punca kematian haiwan peliharaan mereka.

Yong berkata, Akta Kebajikan Haiwan menyatakan menjadi tugas mereka untuk mengambil haiwan diseksa atau diracun apabila dilaporkan.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Penduduk Tanjung Bungah, Agnes James, meminta kerajaan Pulau Pinang menyediakan bukti forensik bagi menyokong dakwaan tiada kesan racun ditemui.

Beliau berkata, penduduk memerlukan ketelusan dan akauntabiliti untuk memastikan keselamatan haiwan peliharaan dan komuniti.

DVS berkata, ia tidak menemui bangkai atau sampel makanan untuk diuji semasa siasatan.

Penduduk, Sarah Lim, 52, dan Sim LGS, 53, menggesa rondaan diadakan bagi menahan individu meletakkan racun di kawasan itu.

N Sharmila menceritakan kejadian empat tahun lalu apabila seorang penduduk menemui hati ayam beracun diletakkan di sekitar kawasan pinggir bandar itu dan membuangnya.

Anak saudaranya berusia 11 tahun dari Kuala Lumpur, Divyaa Nair, terkejut dengan kematian husky itu dan bimbang keselamatan anjingnya.

“Saya takut perkara ini berlaku di kawasan kami. Mendengar tentangnya sangat menyedihkan.”

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM429,569.35
Ethereum (ETH) RM8,756.16
Tether (USDT) RM4.24
BNB (BNB) RM2,618.88
USDC (USDC) RM4.24
XRP (XRP) RM9.54
BUSD (BUSD) RM4.24
Cardano (ADA) RM3.12
Solana (SOL) RM678.32
Dogecoin (DOGE) RM0.807186
Polkadot (DOT) RM18.27
Polygon (MATIC) RM1.07
Lido Staked Ether (STETH) RM8,750.39
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.24
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM90.16