Kuala Lumpur: GlaxoSmithKline (GSK) Malaysia memperkenalkan Scott’s Gummies dengan DHA yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
Pengurus Besar, Penjagaan Kesihatan Pengguna GlaxoSmithKline (Penjagaan Kesihatan Pengguna GSK), Bryan Wong berkata, Scott’s adalah jenama nombor satu di Semenanjung Malaysia untuk kategori Makanan Tambahan Kanak-Kanak dan Vitamin C (kanak-kanak).
Katanya, Scott’s memperkenalkan pelbagai jenis gummies yang menarik dengan DHA, bersama perisa lazat dalam satu botol.
“Kami faham kanak-kanak cerewet mengenai pengambilan makanan atau makanan tambahan.
“Mereka ada pilihan tersendiri. Oleh itu, amat penting memastikan nutrien disediakan dalam format menyeronokkan dan menarik bagi mereka.
“Kami juga memastikan mereka dapat menikmati Scott’s Gummies dengan DHA dalam pelbagai rasa dan mendapatkan nutrien sekerap mungkin,” katanya sempena pelancaran Scott’s Gummies dengan DHA secara maya di sini, semalam.
Menurutnya, DHA adalah blok binaan utama untuk otak dan retina yang turut menyumbang kepada perkembangan otak dan mata yang normal.
Wong berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan Watsons Malaysia dalam usaha membabitkan pengguna bagi menikmati penjimatan eksklusif ketika mereka membeli Scott’s melalui platform e-dagang Watsons.