Had kuasa PM bubar Parlimen sebelum tamat penggal, kata penganalisis

0

Penganalisis mencadangkan kerajaan melengkapkan pentadbiran selama lima tahun menerusi pengenalan Akta Parlimen Berpenggal Tetap.
PETALING JAYA: Cadangan Akta Parlimen Berpenggal Tetap juga harus mengehadkan budi bicara perdana menteri bagi menentukan tempoh pembubaran Dewan Rakyat bagi mengadakan PRU, kata penganalisis.
Wan Hashim Wan Teh dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berpendapat mengikut cadangan dibuat Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi pada minggu lalu, sesebuah kerajaan yang dominan dan dipilih secara sah selepas pilihan raya tidak boleh dijatuhkan.
“Saya berpendapat perlu biarkan genap memerintah sehingga tamat penggal iaitu selama lima tahun, cukup masa menilai prestasi seseorang perdana menteri dan Kabinetnya.
“Jadi tidak perlu ikut lagi budi bicara atau kuasa prerogatif perdana menteri seperti sekarang untuk bubarkan Parlimen,” katanya kepada FMT.

Menurut Wan Hashim, keadaan itu juga dapat mengelak kerajaan diganggu kerana perdana menteri dan Kabinetnya telah mempunyai jaminan tempoh pemerintahan.
“PM juga tidaklah terburu-buru bubar (sebelum tamat penggal) kerana bimbang kalah (sekiranya Parlimen lambat dibubarkan),” katanya menyambut baik cadangan Zahid kerana dapat mengurangkan politiking dan memastikan kestabilan negara.
Pendapatnya turut disokong seorang lagi penganalisis, Rusdi Omar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang mahu perdana menteri dan Kabinetnya melengkapkan penggal pentadbirannya selama lima tahun.
“Akta Parlimen Berpenggal Tetap tidak perlu dibuat sekiranya pemimpin politik matang dengan mematuhi perlembagaan sedia ada,” katanya.
Bagaimanapun, Kartini Aboo Talib dari Universiti Kebangsaan Malaysia pula berpandangan akta itu yang sedang dikaji kerajaan tidak perlu dilaksanakan kerana dibimbangi disalah guna untuk mempertahankan pemimpin yang telah hilang majoriti.
Kuasa perdana menteri membubarkan Parlimen pernah dipersoal secara terbuka ketika pentadbiran Ismail Sabri Yaakob apabila 12 menteri Perikatan Nasional (PN) telah mengutus surat kepada Yang di-pertuan Agong berhubung pendirian mereka supaya PRU15 tiada diadakan pada 2022, sebaliknya pada akhir penggal iaitu 2023.
PRU15 diadakan pada Nov 2022, namun enam negeri dipimpin Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak mengadakan PRN secara serentak sebaliknya pada Ogos tahun lalu.
Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Santiago turut mencabar keputusan itu menerusi proses perundangan, Mahkamah Tinggi pada 28 Okt 2022 bagaimanapun memutuskan Ismail mempunyai kuasa budi bicara mutlak untuk membuat permintaan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen ke-14.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM449,362.85
Ethereum (ETH) RM10,860.77
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,830.07
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM10.23
BUSD (BUSD) RM4.25
Cardano (ADA) RM3.45
Solana (SOL) RM750.13
Dogecoin (DOGE) RM1.00
Polkadot (DOT) RM21.91
Polygon (MATIC) RM1.12
Lido Staked Ether (STETH) RM10,851.79
Shiba Inu (SHIB) RM0.000069
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.13
Avalanche (AVAX) RM106.78