Kolej Pengajian Seni Kreatif telah mengadakan pertandingan HONOR Talents 2022 Global Design yang melibatkan dua kategori pertandingan iaitu Visual Communication Design dan Art & Technology kepada para pelajar.
Pertandingan ini merupakan kolaborasi antara KPSK UiTM bersama syarikat HONOR (Malaysia) dan merupakan salah satu platform untuk mempamerkan bakat dan hasil karya pelajar melalui rekaan grafik menerusi telefon bimbit dan tablet.
Anugerah ini dicetuskan bagi meraikan bakat-bakat seni dalam kalangan remaja dengan berpaksikan seni dan teknologi. Honor Malaysia amat komited untuk menyokong, memperkasakan dan membangunkan reka bentuk yang asli dan innovatif setara dengan nilai-nilai konsumer melalui aspek Art Design, Mobile Design Experience dan New Design Expressions.
#KPSKUiTM
#KitaUiTM
#HonorTalentsAwards2022