Hotel gesa peraturan lebih ketat khidmat Airbnb, ‘home-sharing’

0

Puluhan hotel termasuk bertaraf 5 bintang mengumumkan pemberhentian pekerja dan pengurangan gaji kakitangan baru-baru ini.

PETALING JAYA: Persatuan hotel menggesa pelaksanaan peraturan lebih ketat ke atas Airbnb dan perkhidmatan “home-sharing” yang serupa, ketika beberapa pemain utama industri itu mengumumkan penutupan, pemberhentian kerja secara besar-besaran, dan pengurangan gaji kakitangan selepas terjejas teruk akibat krisis Covid-19.

Persatuan Hotel Malaysia (MAH) berkata krisis itu hanya menguatkan hujah terhadap kawalan berkenaan.

“Kita tidak tahu siapa yang masuk dan keluar bangunan dengan perkhidmatan ‘home-sharing’ ini,” kata presiden sementara MAH, Halim Merican.

“Kita menyaksikan dalam beberapa minggu kebelakangan ini sebahagian daripada tempat ini digunakan untuk parti ketika perintah kawalan pergerakan.”

Halim memberitahu FMT beliau sedar kerajaan sedang mengusahakan peraturan seumpama itu.

MAH berharap undang-undang itu dapat memastikan persaingan setara untuk penyedia hospitaliti.

Halim berkata hotel dijangka memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih daripada krisis Covid-19 berbanding masa 8 bulan yang diambil ketika penularan SARS pada 2003.

Michael Quay, yang mengetuai MAH Melaka, berkata persaingan setara sangat diperlukan hotel bajet dan hotel 3 bintang.

“Kami bayar lesen, permit dan cukai,” katanya. “Penyedia ‘home-sharing’ juga perlu membayarnya.”

“Kami tertakluk kepada peraturan keselamatan dan pemeriksaan dan harus memasang alat pengesan asap dan ciri-ciri keselamatan lain. Mereka tidak perlu melakukannya.

“Dengan Covid-19, kami menerapkan tatacara operasi baru, seperti sanitasi. Ini semua bermakna kos tambahan.”

Quay berkata hotel tidak mengharapkan kembali menjana keuntungan seperti keadaan sebelum Covid-19 selepas PKP tamat kerana peraturan yang harus mereka patuhi.

Peraturan penjarakkan sosial, misalnya, akan mengurangkan jumlah pelanggan restoran dan penyahjangkitan akan menambah kos operasi, tambahnya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM454,769.00
Ethereum (ETH) RM10,612.50
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,816.73
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.73
BUSD (BUSD) RM4.11
Cardano (ADA) RM3.15
Solana (SOL) RM723.97
Dogecoin (DOGE) RM0.925366
Polkadot (DOT) RM18.79
Polygon (MATIC) RM0.976702
Lido Staked Ether (STETH) RM10,593.76
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM94.48