Hukuman lebih berat bagi pindaan Akta Pengangkutan Jalan berkuat kuasa minggu depan

0

Pemandu Perodua Myvi, Nur Fatin Nasrah dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun kerana menyebabkan kematian seorang anggota tentera laut dalam kemalangan jalan raya 10 Okt lalu.

PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, pindaan Akta Pengangkutan Jalan untuk hukuman lebih berat terhadap kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, berbahaya dan di bawah pengaruh dadah, akan menjadi undang-undang mulai minggu depan.

Rang undang-undang itu diluluskan Dewan Rakyat pada 26 Ogos dan Dewan Negara pada 22 Sept lalu.

“Sukacita dimaklumkan perkenan Yang di-Pertuan Agong baru saja diperolehi semalam (Khamis).

“Kementerian Pengangkutan akan mewartakan RUU Pengangkutan Jalan (pindaan) 2020 pada minggu depan supaya ia menjadi sebahagian undang-undang,” tulisnya di Facebook susulan kritikan terhadap hukuman penjara dan denda yang dijatuhkan ke atas seorang wanita didapati menyebabkan kematian seorang anggota tentera laut.

Khamis lalu, Nur Fatin Nasrah, 23, mengaku bersalah terhadap 4 pertuduhan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan satu pertuduhan membabitkan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mahkamah Majistret Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara 6 tahun 7 bulan dan denda RM11,300 kepada wanita berusia 23 tahun itu.

Pada 10 Okt lalu, Perodua Myvi yang dipandu Fatin melanggar Honda Accord dipandu Mohd Rizal Buseri, 31, yang maut di tempat kejadian.

Mengenai rasa tidak puas hati netizen terhadap hukuman itu, Wee berkata, pendakwa raya dan mahkamah hanya boleh membicarakan kes itu di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang belum dipinda ketika kemalangan itu berlaku.

Katanya, Seksyen 44 akta itu kini memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 3 tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda minimum RM8,000.

Pindaan terhadap hukuman penjara minimum dinaikkan kepada 10 tahun dan maksimum 15 tahun, manakala denda minimum turut dinaikkan kepada RM50,000 dan maksimum RM100,000 bagi kesalahan pertama.

Wee ketika menjelaskan hukuman lebih rendah diperuntukkan di bawah Seksyen 45 akta itu, berkata seksyen itu untuk kemalangan disebabkan mereka yang memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol yang tidak menyebabkan kematian.

Pihak pendakwaan, katanya, akan memutuskan pertuduhan sesuai berdasarkan fakta kes masing-masing.

“Kementerian Pengangkutan amat serius berhubung isu keselamatan orang ramai, khususnya melibatkan pemandu yang memandu secara melulu, di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah yang menyebabkan kemalangan jalan raya sehingga mencederakan atau meragut nyawa.”

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM416,820.54
Ethereum (ETH) RM7,779.88
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,561.21
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.14
BUSD (BUSD) RM4.23
Cardano (ADA) RM2.92
Solana (SOL) RM632.63
Dogecoin (DOGE) RM0.746562
Polkadot (DOT) RM17.27
Polygon (MATIC) RM0.937265
Lido Staked Ether (STETH) RM7,789.49
Shiba Inu (SHIB) RM0.000055
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.05
Avalanche (AVAX) RM84.57