Imigresen melampaui kuasa jika usir wartawan Pakistan, kata bekas menteri

0

Isteri Syed Fawad Ali Shah mendakwa beliau diberitahu oleh Jabatan Imigresen bahawa suaminya dihantar pulang kerana dikehendaki di Pakistan.
PETALING JAYA: Jabatan Imigresen mungkin melampaui kuasanya sekiranya ia menghantar pulang seorang wartawan Pakistan yang hidup dalam buangan di negara ini.
Bekas menteri P Waytha Moorthy berkata, penghantaran pulang Syed Fawad Ali Shah umpama satu tindakan melebihi undang-undang dan bertentangan dengan komitmen Malaysia terhadap hak asasi manusia serta perjanjian untuk mematuhi semua konvensyen dan protokol PBB.
Fawad, 41, yang memegang kad pelarian UNHCR meminta perlindungan suaka politik dari jabatan itu bagi mengelak dikenakan tindakan di Pakistan berhubung artikelnya di beberapa akhbar berbahasa Inggeris berkaitan dengan rasuah dalam kerajaan.
Lelaki itu dilaporkan hilang sejak Ogos lalu dan isterinya, Syeda datang ke Kuala Lumpur untuk mencarinya. Satu laporan polis mengenai orang hilang juga dibuat.

Wanita itu kemudiannya mendakwa diberitahu oleh pihak berkuasa imigresen bahawa Fawad telah dihantar pulang kerana dikehendaki oleh Pakistan.
“Wartawan ini jelas aktif melaporkan mengenai individu yang hilang di negaranya dan kini menjadi buruan oleh kerajaannya sendiri. Pemberian status pelarian oleh UNHCR adalah pengesahan mengenai penganiayaan dihadapinya.
“Kerajaan mesti menyatakan sama ada ia akan mempertahankan kewajipan antarabangsa dengan menghormati Konvensyen Pelarian 1951,” kata Waytha dalam satu kenyataan kepada FMT.
Beliau yang juga seorang peguam berkata, menteri luar, menteri undang-undang dan menteri dalam negeri mesti menyatakan pendirian mereka dalam isu itu.

“Perlu ada penjelasan dibuat kepada orang ramai mengenai (tuduhan berhubung peranan) Jabatan Imigresen,” katanya.
Fawad datang ke Malaysia pada 2011 melalui Thailand dan kemudiannya diberi status pelarian UNHCR.
Masalahnya bermula pada 2008 apabila beliau memutuskan untuk menyiasat kes orang hilang.
Menerusi siasatannya, beliau percaya pihak berkuasa Pakistan terlibat dalam kes-kes kehilangan ini, kebanyakannya berdepan berbagai-bagai tuduhan, antaranya mengintip untuk Amerika Syarikat dan India, dan bekerja untuk Taliban.
Pada 2010, beliau ditahan selama 18 hari dan disoal siasat oleh pegawai dikatakan perisik Pakistan.
Fawad kemudian dibebaskan dengan amaran agar berhenti menulis tentang orang hilang dan berhenti daripada bidang kewartawanan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM455,716.62
Ethereum (ETH) RM11,208.01
Tether (USDT) RM4.24
BNB (BNB) RM2,915.19
USDC (USDC) RM4.24
XRP (XRP) RM9.59
BUSD (BUSD) RM4.23
Cardano (ADA) RM3.14
Solana (SOL) RM726.23
Dogecoin (DOGE) RM0.931895
Polkadot (DOT) RM19.05
Polygon (MATIC) RM0.952738
Lido Staked Ether (STETH) RM11,199.44
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.24
TRON (TRX) RM1.16
Avalanche (AVAX) RM98.43