Isteri pujuk, Muhyiddin buat pusingan U tak berundur

0

Muhyiddin Yassin berkata, isterinya meminta beliau tidak mengecewakan ahli parti kerana mereka masih memerlukannya. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM: Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin membuat pusingan U dengan mengumumkan akan terus mempertahankan jawatannya untuk satu penggal lagi.
Keputusan itu menyusul sehari selepas beliau mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan parti tahun depan.
“Sebenarnya, kuasa yang paling besar bukan perhimpunan agung. Kuasa besar ialah isteri saya.
“Dia kata teruskan satu penggal lagi, jangan kecewakan mereka. Mereka perlukan anda,” katanya pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di sini.
Terdahulu, Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu hari ini sebulat suara menolak keputusan Muhyiddin tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti tahun depan, selepas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berbuat demikian semalam.
Setiausaha Agung, Hamzah Zainudin dilaporkan berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar yang dipengerusikan Timbalan Presiden, Ahmad Faizal Azumu.
Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, tiba masa untuk memberi ruang kepada pemimpin pelapis Bersatu mengambil alih kepimpinan parti menurut proses demokrasi.
Beliau meminta pemimpin kanan Bersatu berbincang terlebih dahulu bagi memastikan tokoh berpengalaman luas dalam parti mempunyai tempat dan peranan dalam barisan kepimpinan baharu nanti.
BERITA LANJUT MENYUSUL

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM444,922.46
Ethereum (ETH) RM10,323.59
Tether (USDT) RM4.28
BNB (BNB) RM2,829.77
USDC (USDC) RM4.28
XRP (XRP) RM10.27
BUSD (BUSD) RM4.29
Cardano (ADA) RM3.43
Solana (SOL) RM739.97
Dogecoin (DOGE) RM0.965623
Polkadot (DOT) RM21.83
Polygon (MATIC) RM1.12
Lido Staked Ether (STETH) RM10,312.97
Shiba Inu (SHIB) RM0.000068
Dai (DAI) RM4.28
TRON (TRX) RM1.13
Avalanche (AVAX) RM104.03