Isu Kampung Sungai Baru mungkin ambil masa sedekad, kata Johari

0

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilapor mengarahkan supaya pembangunan semula Kampung Sungai Baru ditangguhkan.
PETALING JAYA: Isu pembangunan semula Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur, kini menjadi kritikal selepas projek itu dilapor ditangguhkan, kata Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani.
“Ramai tidak faham isu sebenar membabitkan Kampung Sungai Baru,” kata wakil rakyat Umno itu kepada FMT.
Penduduk mungkin terpaksa menunggu satu dekad bagi melihat projek itu siap susulan arahan penangguhan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Ini isu sangat kompleks berpunca kegagalan pemaju, wakil rakyat ketika itu dan Kementerian Wilayah untuk menyelaraskan projek pembangunan semula sebelum meminta penduduk berpindah pada 2019,” kata Johari.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini berhubung arahan supaya projek pembangunan Kampung Sungai Baru ditangguhkan. Perkara itu disahkan Setiausaha Politik Anwar, Azman Abidin.
Johari berkata, pemaju terbabit harus dipersalahkan kerana memindahkan 90% daripada penghuni pangsapuri sejak 2019 walaupun gagal mendapat persetujuan daripada semua penduduk.
Menurutnya, semua penghuni terbabit masih menunggu rumah baharu daripada pemaju.
Johari berkata, projek itu belum dapat dimulakan kerana baki pemilik rumah masih menunggu penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta untuk menganggarkan jumlah pampasan bakal diterima mereka.

Majoriti daripadanya sudah ke mahkamah untuk mendapatkan kadar pampasan lebih tinggi selepas berpindah ke rumah transit bawah proses pengambilan tanah yang melibatkan 67 rumah teres dan 14 blok pangsapuri.
Johari berkata, penduduk yang berpindah boleh menyaman pemaju kerana gagal menyediakan rumah baharu mereka mengikut jadual.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM443,967.80
Ethereum (ETH) RM10,262.63
Tether (USDT) RM4.28
BNB (BNB) RM2,820.57
USDC (USDC) RM4.28
XRP (XRP) RM10.23
BUSD (BUSD) RM4.28
Cardano (ADA) RM3.41
Solana (SOL) RM734.66
Dogecoin (DOGE) RM0.97561
Polkadot (DOT) RM21.88
Polygon (MATIC) RM1.11
Lido Staked Ether (STETH) RM10,305.95
Shiba Inu (SHIB) RM0.000068
Dai (DAI) RM4.28
TRON (TRX) RM1.13
Avalanche (AVAX) RM103.56