Jakoa nafi abai kampung Orang Asli hadapi masalah air

0

Jabatan Kemajuan Orang Asli berkata pihaknya juga sedang menaiktaraf sistem bekalan elektrik bagi sistem rawatan air kampung berkenaan untuk membolehkan ia beroperasi dengan baik. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Johor menafikan dakwaan kononnya mereka meminggirkan penduduk Kampung Orang Asli Selai, Bekok di Johor yang mengalami masalah mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan seharian.
Dalam satu kenyataan, ia memaklumkan kampung tersebut menerima bekalan air pelbagai sumber (tube well) yang dibangunkan oleh Jakoa.
Menurutnya, ia juga sedang menaiktaraf sistem bekalan elektrik bagi sistem rawatan air kampung berkenaan untuk membolehkan ia beroperasi dengan baik.
“Bagi memastikan sistem rawatan air beroperasi dengan baik, kontraktor penyelenggaraan telah melantik Tok Batin Ahcai menyelia sistem tersebut setiap hari dengan bayaran
RM400 sebulan.
“Bekalan air tandak sedia ada telah dibangunkan sendiri oleh penduduk kampung yang diketuai Tok Batin Ahcai, untuk kegunaan mereka,” kata kenyataan itu hari ini.
Terdahulu, media melaporkan dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Orang Asli Johor Achai @ Juti Kais kononnya penduduk kampung berkenaan terpaksa menggunakan kayu dan batu dalam usaha membaiki paip serta kolam takungan (tandak) air mereka.
Katanya, paip dan empangan yang terletak di Sungai Hantu, pecah selepas banjir melanda kampung itu pada Mac tahun lepas dan keadaan bertambah buruk dengan banjir lain pada Disember.
Dalam pada itu, Jakoa berkata penduduk juga turut menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,000 daripada kontraktor penyelenggaraan sistem rawatan air bagi membaik pulih sistem tandak tersebut.
“Kampung Orang Asli Selai adalah salah satu perkampungan Orang Asli yang berada di daerah Segamat yang mempunyai 64 ketua keluarga dengan jumlah penduduk seramai 226 orang.
“Kampung tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti bekalan elektrik TNB, jalan primex serta bekalan air dari pelbagai sumber. Kita sentiasa memastikan penduduk kampung itu tidak ketinggalan daripada menerima pembangunan,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM470,694.24
Ethereum (ETH) RM11,122.67
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,869.08
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM10.40
BUSD (BUSD) RM4.37
Cardano (ADA) RM3.34
Solana (SOL) RM746.31
Dogecoin (DOGE) RM1.01
Polkadot (DOT) RM20.80
Polygon (MATIC) RM1.03
Lido Staked Ether (STETH) RM11,130.06
Shiba Inu (SHIB) RM0.000065
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.17
Avalanche (AVAX) RM101.14