Jangan benarkan politik campur tangan, Dzulkefly hargai larangan merokok kekal

0

Bekas menteri kesihatan, Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Menteri Kesihatan, Noor Azmi Ghazali.

PETALING JAYA: Bekas menteri Dzulkefly Ahmad hari ini berterima kasih kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Noor Azmi Ghazali kerana mengesahkan larangan merokok di restoran, mengatakan hal kesihatan tidak boleh dipengaruhi politik kepartian.

Dzulkefly yang merupakan menteri kesihatan dalam pentadbiran Pakatan Harapan berkata, Azmi sangat menyokong langkah pengharaman itu semasa ia dibahaskan di Parlimen.

Beliau merasakan sokongan itu tidak akan berubah.

“Beliau patut sedar bahawa setiap tahun lebih 27,000 orang meninggal dunia kerana penyakit berkaitan tembakau, dan kita pasti mahu kurangkan merokok pasif, terutama di kedai makan,” katanya kepada FMT.

Mengulangi hal kesihatan merupakan perkara sosial yang sangat mustahak dan tidak boleh dipengaruhi politik, beliau berkata kerajaan yang bertolak ansur tentang keperluan kesihatan harus ditendang keluar.

Azmi baru-baru ini berkata kementerian tidak menghentikan penguatkuasaan larangan merokok di kedai makan, mengatakan kempen itu akan ditingkatkan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan awam.

Megenai aduan tentang orang merokok di kedai makan, Azmi berkata penguatkuasaan berkurangan kerana tertumpu kepada usaha mengawal penularan Covid-19.

“Lagipun, kedai makan tidak dibuka (dan pelanggan tidak boleh makan di restoran) sepanjang 3 bulan lalu,” katanya.

Dzulkefly berharap Menteri Kesihatan Dr Adham Baba akan menyatakan sokongan kepada larangan itu secara terbuka, inisiatif Kementerian Kesihatan yang disokong oleh warga sistem kesihatan dan badan bukan kerajaan.

Antara matlamatnya sebagai menteri dulu adalah menangani peningkatan trend penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi, dan hyperlipidaemia.

Mengesahkan terdapat banyak faktor bagi pebyakit tidak berjangkit, beliau berkata amalan tidak sihat seperti merokok, obesiti, pengambilan alkohol secara tidak sihat, dan kurangnya bersenam antara faktor utama.

Larangan merokok di kedai makan dan dalam jarak 3 meter dari kedai makan dilaksanakan semasa Dzulkefly menjadi menteri kesihatan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM440,388.66
Ethereum (ETH) RM10,990.45
Tether (USDT) RM4.29
BNB (BNB) RM2,806.36
USDC (USDC) RM4.29
XRP (XRP) RM10.64
BUSD (BUSD) RM4.26
Cardano (ADA) RM3.32
Solana (SOL) RM737.07
Dogecoin (DOGE) RM0.977188
Polkadot (DOT) RM20.59
Polygon (MATIC) RM1.02
Lido Staked Ether (STETH) RM10,991.18
Shiba Inu (SHIB) RM0.000065
Dai (DAI) RM4.29
TRON (TRX) RM1.16
Avalanche (AVAX) RM102.71