Jangan hina pesakit Covid-19, mereka berani tampil, bertangungjawab, kata Najib

0

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata, pesakit Covid-19 adalah mangsa dan mereka yang tampil secara sukarela untuk melalui pemeriksaan KKM adalah berani patut dipuji.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mempertahankan pesakit yang didapati positif wabak Covid-19, susulan persepsi negatif yang timbul yang menyaksikan mereka dikeji dan dihina.

Najib berkata, pesakit wabak Covid-19 adalah mangsa dan mereka tidak meminta untuk dijangkiti.

Bahkan katanya, mereka yang berhubung dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara sukarela selepas terdedah kepada risiko ini adalah individu yang berani.

“Kenapa pesakit Covid-19 perlu mohon maaf. Mereka tidak bersalah. Tidak menyalahi sebarang undang-undang Malaysia.

“Ramai lagi orang ternama, termasuk bintang Hollywood yang positif Covid-19 juga. Bukan mereka mahu dijangkit pun, mereka adalah mangsa.

“Ini termasuk mereka yang behubung dengan KKM secara sukarela kerana tahu terdedah kepada risiko Covid dan dikehendaki untuk disaring atau perlu melalui tempoh kuarantin.

“Mereka berani. Mereka bertanggungjawab dan patut dipuji. Bukan dikeji atau dihina,” katanya di Facebook, hari ini.

Terdahulu hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya menjangkan peningkatan kes wabak Covid-19 pada minggu ini dan minggu depan.

Mengenai 153 kes baru Covid-19, Noor Hisham berkata, ia menjadikan jumlah positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,183 kes, dengan 90 kes merupakan daripada kluster perhimpunan tabligh.

Menurut Najib, data peribadi dan identiti pesakit Covid-19 tidak patut disebarkan melalui media sosial, kecuali ia mendapat kebenaran daripada mangsa terbabit.

Katanya, mereka yang bersalah adalah individu yang pernah ada kontak rapat dengan pesakit disahkan positif, tetapi tidak mahu berdepan dengan masalah dan tidak mahu berhubung dengan pihak berkuasa.

“Sebab itu, jangan rasa terhina atau malu untuk berhubung dengan KKM atau pihak berkuasa lain jika kamu percaya kamu perlu disaring atau dikuarantin. Jadilah hero yang berani dan bertanggungjawab,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM444,224.66
Ethereum (ETH) RM10,108.43
Tether (USDT) RM4.28
BNB (BNB) RM2,837.56
USDC (USDC) RM4.28
XRP (XRP) RM10.19
BUSD (BUSD) RM4.27
Cardano (ADA) RM3.40
Solana (SOL) RM735.04
Dogecoin (DOGE) RM0.956692
Polkadot (DOT) RM21.62
Polygon (MATIC) RM1.11
Lido Staked Ether (STETH) RM10,103.55
Shiba Inu (SHIB) RM0.000068
Dai (DAI) RM4.28
TRON (TRX) RM1.12
Avalanche (AVAX) RM102.66