Jangan jadi macam Selangor, keluar undi, Amirudin beritahu pengundi Pulai

0

Amirudin Shari berkata, walaupun ramai berpandangan Pulai berpeluang menang besar, namun pengundi dinasihatkan jangan leka. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pengundi Pulai diingatkan keluar mengundi dengan mengambil pengajaran situasi di Selangor apabila hilang majoriti dua pertiga susulan peratusan mengundi tidak tinggi.

Menteri Besar Amirudin Shari, berkata pada PRN lalu ramai berpandangan Selangor “pasti menang” menjadikan keyakinan itu penyumbang ramai tidak keluar mengundi.

Katanya, Selangor merekodkan peratusan keluar mengundi 71% yang dikatakan menyumbang kekalahan tipis gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional di empat kerusi – Dengkil, Taman Medan, Gombak Setia, dan Sungai Kandis.

“Kerusi yang kalah dengan majoriti tipis di bawah 1,000 undi itu melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil yang kalah dengan 400 undi, Taman Medan (30 undi), Gombak Setia (58 undi), dan Sungai Kandis (167 undi).

“Saya tahu ramai yang katakan ada peluang besar menang di Pulai, tetapi saya juga harap kita tidak terlalu selesa. Jika berpandangan seperti itu, akan jadi macam apa yang berlaku di Selangor,” katanya menurut Harian Metro pada ceramah di Bukit Indah, Johor Bahru.

Amirudin berkata, andai peratusan keluar mengundi naik hanya 0.5%, empat kerusi itu dipercayai dapat ditawan sekali gus mengesahkan majoriti dua pertiga.

“Oleh itu, pengundi di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram ingatkan rakan-rakan ini adalah untuk negara dan masa depan kita, pemulihan negara sedang dilakukan dan saya jamin kerajaan perpaduan kekal sampai habis penggal.

“Di Selangor lebih 60% rakyat menyokong kerajaan Perpaduan dan menyekat berlakunya gelombang yang dicanang Perikatan Nasional (PN) dan perkara ini perlu diteruskan di Parlimen Pulai ini,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM409,900.40
Ethereum (ETH) RM7,666.41
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,537.76
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM8.97
BUSD (BUSD) RM4.20
Cardano (ADA) RM2.81
Solana (SOL) RM618.62
Dogecoin (DOGE) RM0.72264
Polkadot (DOT) RM16.51
Polygon (MATIC) RM0.918007
Lido Staked Ether (STETH) RM7,663.36
Shiba Inu (SHIB) RM0.000054
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.05
Avalanche (AVAX) RM81.22