Jangan salahkan DAP atas masalah dalam BN, Kok beritahu Wee

0

Teresa Kok menganggap dakwaan Wee Ka Siong bahawa ada ‘orang luar’ mencadangkan Umno menyingkirkan MCA daripada BN sebagai melucukan.
PETALING JAYA: Naib Pengerusi DAP Teresa Kok enggan mengaitkan partinya dengan dakwaan Presiden MCA Wee Ka Siong bahawa wujud cadangan daripada ‘orang luar’ agar Umno menyingkirkan MCA daripada Barisan Nasional (BN).
Beliau malah menganggap kenyataan Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, yang dilaporkan dibuat dalam wawancara dengan akhbar Cina, sebagai melucukan.
Kok berkata, setakat yang beliau tahu, DAP tidak mempunyai agenda sedemikian dan tidak mengambil tahu tentang hal dalaman BN.
Malaysiakini melaporkan Wee mendakwa, cadangan untuk menyingkirkan MCA daripada BN datangnya daripada ‘orang luar’ yang sebelum ini menuduh parti itu mengkhianati kaum Cina kerana bersekutu dengan Umno.
Pihak itu bagaimanapun kini rapat dengan Umno, malah memegang jawatan dalam kerajaan, tambahnya.
Walaupun beliau tidak menyebut nama DAP, parti itu sebelum ini merupakan seteru Umno tetapi kini menjadi rakan gabungan dalam kerajaan perpaduan.
Kok memberitahu FMT: “Kenyataan Wee seolah-olah menggambarkan kehilangan pengaruh dan keyakinan dalam Umno.
“Beliau dan pemimpin MCA lain mempunyai tabiat menyalahkan DAP atas setiap masalah yang mereka hadapi, termasuk kehilangan sokongan Umno sekarang.
“Wee harus berunding dengan rakan sejawatannya dalam Umno, bukannya secara terbuka menyalahkan DAP. Beliau tidak sepatutnya mengheret DAP ke dalam hal ehwal dalaman BN.”
Wee dilaporkan berkata, pihaknya sedang menunggu keputusan Umno berhubung cadangan yang dikatakan itu.
Pada pertengahan 2024, terdapat ura-ura bahawa Jawatankuasa Pusat MCA berdepan tekanan daripada ahli akar umbi untuk meninggalkan BN, walaupun segera dinafikan pemimpin tertingginya.
Bagaimanapun, pada Oktober 2023, Wee berkata dalam ucapannya kepada ahli parti, MCA bersedia mengorak laluannya sendiri jika mana-mana parti BN memutuskan untuk meninggalkan persekutuan dalam gabungan itu.
MCA dan Umno telah menjadi sekutu politik sejak zaman Merdeka, bermula dengan parti Perikatan, dan kemudian dalam BN.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM410,307.59
Ethereum (ETH) RM7,826.72
Tether (USDT) RM4.33
BNB (BNB) RM2,594.64
USDC (USDC) RM4.33
XRP (XRP) RM9.52
BUSD (BUSD) RM4.32
Cardano (ADA) RM2.97
Solana (SOL) RM642.07
Dogecoin (DOGE) RM0.752773
Polkadot (DOT) RM17.66
Polygon (MATIC) RM1.04
Lido Staked Ether (STETH) RM7,822.74
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.33
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM90.27