Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 11,763 kes Covid-19 masih aktif, termasuk 32 pesakit yang ditempatkan di ICU.
PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 turun sedikit setakat semalam, dengan 333 kes dilaporkan, berbanding 360 pada hari sebelumnya.
Menurut data di laman web KKMNOW, kes-kes baharu terdiri daripada 332 kes jangkitan tempatan dan 1 kes import.
Satu kematian dicatatkan.
Angka ini meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 kepada 5,027,790 kes, dengan 36,859 kematian.
Setakat semalam, sebanyak 11,763 kes masih aktif, termasuk 32 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 20 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 622 pesakit atau 5.3% menerima rawatan di hospital.
Seramai 376 pesakit dilaporkan sembuh.