Jelas Muhyiddin batu penghalang kerjasama BN-PN, kata penganalisis

0

Keengganan Muhyiddin Yassin menjunjung titah Agong membentuk kerajaan perpaduan jelas bertentangan dengan nilai asas Umno yang mendukung prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, kata penganalisis. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Rata-rata penganalisis politik melihat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin sebagai batu penghalang bagi pembentukan kerajaan antara partinya dengan Barisan Nasional (BN) tempoh hari.
Awang Azman Awang Pawi daripada Universiti Malaya berkata, ini disebabkan tindakan Muhyiddin yang membelakangkan sistem presiden dan hierarki Umno dengan mengumumkan pembentukan kerajaan antara dua gabungan itu tanpa berbincang dengan BN.
“Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi pernah menyuarakan kesediaan parti untuk membelakangkan sengketa dan menjalin kerjasama dengan mana-mana gabungan dalam membentuk kerajaan sesudah PRU15 pada malam tersebut (pengumuman keputusan pilihan raya).
“… (Tawaran Zahid) tidak disambut Muhyiddin walaupun itu peluang terbaik untuk menunjukkan besar hatinya dalam menerima Umno seluruhnya sebagai rakan politik,” katanya kepada FMT.

Tambahnya, keengganan Ahli Parlimen Pagoh itu untuk menjunjung titah Agong membentuk kerajaan perpaduan jelas bertentangan dengan nilai asas Umno yang mendukung prinsip kesetiaan kepada raja dan negara.
Seorang lagi penganalisis politik, Oh Ei Sun turut melihat Muhyiddin sebagai batu penghalang bagi kerjasama antara BN-PN namun baginya itu bukan satu-satunya masalah yang menghalang kerjasama antara dua gabungan tersebut.
Katanya, kelompok utama Umno dilihat tidak menyenangi Bersatu kerana dianggap pengkhianat yang berasal dari kalangan mereka sendiri.
Ketika ditanya mengenai pengganti bagi menyambung legasi Muhyiddin sebagai pengerusi Bersatu dan PN, golongan pakar rata-rata melihat tiada calon yang sesuai.

Ketua Pengarah Program Sains Politik UKM Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkata, wujudnya jurang kredibiliti antara Muhyiddin dengan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu, berpunca daripada bagaimana Bersatu itu sendiri diikat rapat dengan faktor personaliti Muhyiddin.
“Dalam Bersatu, tiada lagi tokoh besar melainkan Muhyiddin sejak ditinggalkan Dr Mahathir Mohamad dan anaknya Mukhriz.
“Malah parti Bersatu ini bersifat personalistik, kerana ianya ditakrifkan oleh Muhyiddin dan Muhyiddin pula mendefinisikan Bersatu,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM460,889.11
Ethereum (ETH) RM10,903.40
Tether (USDT) RM4.27
BNB (BNB) RM2,863.46
USDC (USDC) RM4.27
XRP (XRP) RM10.00
BUSD (BUSD) RM4.26
Cardano (ADA) RM3.24
Solana (SOL) RM743.16
Dogecoin (DOGE) RM0.969671
Polkadot (DOT) RM19.62
Polygon (MATIC) RM1.01
Lido Staked Ether (STETH) RM10,892.42
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.27
TRON (TRX) RM1.16
Avalanche (AVAX) RM98.45