Jenama Huawei terus kukuh | Harian Metro

0

HUAWEI berada di kedudukan keenam dalam senarai 50 Syarikat Paling Inovatif 2020 yang dikeluarkan Boston Consulting Group (BCG) di Singapura.

Dalam senarai berkenaan, Huawei berada di belakang Apple, Alphabet, Amazon dan Microsoft serta mendahului Alibaba, IBM, Sony dan Facebook.

Huawei berkata, kedudukan terkini itu meningkat 42 anak tangga berbanding tahun lalu dan yang terbaik pernah diraih sejak berada dalam senarai berkenaan pada 2012.

“Sebagai pembekal peralatan telekomunikasi terbesar di dunia, kami terus melabur lebih daripada 10 peratus daripada pendapatan tahunan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Tahun lalu, perbelanjaan R&D syarikat berjumlah 131,659 juta renminbi menyumbang 15.3 peratus daripada jumlah pendapatan,” katanya.

Menurutnya, dari segi 5G, Huawei melabur AS$4 bilion dalam dekad yang lalu menjadikannya pemimpin global dalam teknologi generasi akan datang ini.

“Untuk meningkatkan penggunaan komersial dan mempromosikan inovasi baru dalam aplikasi 5G, kami turut menubuhkan pusat inovasi 5G bersama syarikat penerbangan di seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, dalam perjuangan global melawan Covid-19, Huawei melipat gandakan usaha inovasi dan melancarkan Program Rakan Anti-Covid-19 yang memfokuskan pada kecerdasan buatan (AI), pejabat jarak jauh, penjagaan kesihatan pintar dan pendidikan dalam talian.

Diagnosisnya yang dibantu AI membolehkan kakitangan perubatan barisan hadapan mengesan kes Covid-19 dalam tempoh lebih singkat.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM451,907.76
Ethereum (ETH) RM10,713.12
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,773.49
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM10.14
BUSD (BUSD) RM4.34
Cardano (ADA) RM3.17
Solana (SOL) RM708.06
Dogecoin (DOGE) RM0.959229
Polkadot (DOT) RM19.76
Polygon (MATIC) RM0.998684
Lido Staked Ether (STETH) RM10,689.66
Shiba Inu (SHIB) RM0.000062
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.14
Avalanche (AVAX) RM95.59