Johari seru wakil rakyat bantu pekebun kecil daftar Budi Agri-Komoditi

0

Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Ghani arah semua agensi kementerian bantu pekebun kecil yang mungkin berdepan masalah liputan internet atau kurang faham kaedah memohon.

KLUANG: Wakil rakyat diseru membantu pekebun kecil mendaftar program Budi Agri-Komoditi susulan permohonan rendah di Johor, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Ghani.

Johari berkata, terdapat lebih 46,000 pekebun kecil di Johor layak memohon, namun hanya sekitar 1,000 permohonan sahaja direkodkan sehingga kini.

“Jadi, saya harap kepimpinan di pelbagai peringkat termasuk Adun serta pemimpin daerah dapat membantu golongan ini untuk membuat pendaftaran,” katanya selepas menyantuni 600 pekebun kecil zon selatan di Kluang.

Beliau berkata, apabila kerajaan mengumumkan penyasaran subsidi, didapati ramai pekebun kecil kurang faham menyebabkan tiada kesedaran untuk mereka memohon bantuan subsidi berkenaan.

“Jadi, kita tahu banyak pekebun kecil kurang faham bagaimana untuk memohon dan akhirnya kita turun padang memberikan penerangan dan bantu mereka mendaftar.

“Saya beritahu semua agensi dalam kementerian ini untuk bantu pekebun kecil kerana ada sesetengah kawasan mungkin tidak ada liputan internet yang bagus menyebabkan susah untuk mereka mendaftar,” katanya.

Program Budi Agri-Komoditi antara inisiatif di bawah Program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani), bertujuan menyasarkan subsidi diesel kepada pekebun kecil dalam sektor agrikomoditi serta petani dan penternak.

Menerusi inisiatif itu, pekebun kecil sawit, getah, koko, lada, dan kenaf yang layak dan berdaftar dengan agensi di bawah KPK di Semenanjung akan menerima insentif tunai RM200 sebulan atau RM2,400 setahun.

Secara keseluruhan, katanya kerajaan menerima lebih 66,000 permohonan pekebun kecil di seluruh negara bagi program Budi Agri-Komoditi setakat 20 Sept, dengan 10,000 daripadanya adalah permohonan rayuan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM417,683.97
Ethereum (ETH) RM8,023.93
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,579.83
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.23
BUSD (BUSD) RM4.21
Cardano (ADA) RM2.96
Solana (SOL) RM635.51
Dogecoin (DOGE) RM0.761879
Polkadot (DOT) RM17.95
Polygon (MATIC) RM0.962309
Lido Staked Ether (STETH) RM8,019.99
Shiba Inu (SHIB) RM0.000056
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM86.68