Kami tak akan mengalah cari mangsa hilang, kata pasukan penyelamat tanah runtuh

0

Operasi mencari dan menyelamat sembilan lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali masuk hari kelima hari ini.
BATANG KALI: Anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini, tidak berputus asa dan patah semangat dalam menjalankan tugas pencarian yang kini memasuki hari kelima.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata bahkan ada antara mereka yang enggan keluar dari lokasi pencarian walaupun dibenarkan untuk berehat.
“Anggota terlibat terus menunjukkan semangat jitu dan perasaan berkobar-kobar untuk mengesan baki mangsa yang masih hilang.
“Mereka mungkin rasa sayang nak tinggalkan ‘scene’ (tempat kejadian) sebab sudah bertungkus-lumus dari awal,” katanya kepada Bernama di pos kawasan tempat kejadian.

Bagaimanapun, Hafisham berkata keselamatan dan kesihatan pasukan pencari tetap diutamakan dan mereka perlu mendapatkan rehat secukupnya bagi meneruskan operasi pencarian.
Semalam, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani yakin barisan petugas dapat memberikan komitmen penuh dalam melaksanakan misi SAR itu.
Selain bomba dan polis, tiga agensi lain terbabit seperti digariskan arahan Majlis Keselamatan Negara nombor 20 (MKN 20) ialah Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia.
Dalam kejadian sekitar 2.42 pagi Jumaat, runtuhan tanah sepanjang hampir 300m dan setinggi 70m menimpa tapak perkhemahan yang terletak di Jalan Genting-Batang Kali.

Setakat 4 petang ini, sembilan mangsa masih hilang manakala 24 lagi terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa terlibat dalam kejadian itu.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM465,862.72
Ethereum (ETH) RM10,783.09
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,892.72
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM10.23
BUSD (BUSD) RM4.28
Cardano (ADA) RM3.27
Solana (SOL) RM732.29
Dogecoin (DOGE) RM0.987713
Polkadot (DOT) RM20.29
Polygon (MATIC) RM1.03
Lido Staked Ether (STETH) RM10,777.84
Shiba Inu (SHIB) RM0.000063
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM97.88