Kawalan China di pelabuhan dunia tak membimbangkan, kata penganalisis

0

Kebanyakan terminal dan pelabuhan yang dikawal China berada di laluan perkapalan strategik di seluruh dunia. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA: Pelaburan China dalam beberapa pelabuhan di negara ini tidak sepatutnya menjadi kebimbangan walaupun terdapat laporan menyatakan China membina satu rangkaian global strategik, kata penganalisis keselamatan dan pertahanan.
Thomas Daniel, penganalisis kanan di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa, berkata Malaysia tidak akan menyimpang dari dasar berkecuali dengan membenarkan China melabur dalam beberapa pelabuhan negara ini.
Beliau mengulas laporan Washington Post mengenai pemilikan atau kawalan China terhadap pelabuhan dan terminal di hampir 100 lokasi di 50 negara di seluruh lautan dan benua melalui pelaburan yang dibuat oleh syarikat milik kerajaan.
Banyak terminal dan pelabuhan ini terletak di laluan laut strategik dan termasuk antaranya Pelabuhan Khalifa di Emiriah Arab Bersatu, Pelabuhan Djibouti di Afrika Timur, dan Pelabuhan Hambantota di Sri Lanka.
Menurut laporan tersebut, walaupun tujuan utama pelaburan tersebut adalah komersial, Amerika Syarikat dan sekutunya bimbang tentang kemungkinan adanya implikasi ketenteraan.
Thomas berkata sukar bagi Malaysia untuk membangunkan pelabuhan besar sepenuhnya, seperti Pelabuhan Kuantan dan Melaka Gateway, tanpa sejumlah pelaburan asing, tidak kira dari mana wang tersebut datang.
“Saya fikir persoalan yang lebih besar di sini adalah sama ada kita bersifat strategik tentang rakan kongsi kita dan jenis pelaburan yang kita benarkan.”
Beliau berkata itulah sebabnya para pembuat dasar selama beberapa dekad terlibat dengan kuasa-kuasa asing untuk mengekalkan kepentingan strategik, autonomi, dan pilihan di negara ini.
“Sebagai contoh, walaupun China menjadi rakan dagang terbesar kita selama lebih dari satu dekad tetapi sebahagian besar pelaburan langsung asing, terutama dalam sektor-sektor kritikal dan teknologi tinggi, masing datang dari Barat, khususnya Amerika Syarikat.”
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula percaya pelaburan China dalam pelabuhan Malaysia tidak membahayakan pertahanan dan keselamatan negara.
“Sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia masih mempunyai kata akhir untuk membenarkan mana-mana kapal masuk ke dalam perairannya, tanpa mengira siapa yang memiliki bahagian dalam pelabuhan itu.
“Isu yang lebih penting adalah memastikan kebebasan pelayaran di laluan maritim seperti Laut China Selatan dan mencegah pencerobohan ke dalam Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) kita,” katanya.
Malaysia sebelum ini telah membantah pencerobohan China ke dalam ZEE negara oleh kapal dari republik itu di Laut China Selatan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM414,416.48
Ethereum (ETH) RM7,720.29
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,545.09
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.06
BUSD (BUSD) RM4.23
Cardano (ADA) RM2.88
Solana (SOL) RM627.59
Dogecoin (DOGE) RM0.737453
Polkadot (DOT) RM17.14
Polygon (MATIC) RM0.93123
Lido Staked Ether (STETH) RM7,707.93
Shiba Inu (SHIB) RM0.000055
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.05
Avalanche (AVAX) RM83.68