Persatuan Bank Dalam Malaysia kata anggotanya sedia membantu mangsa kebakaran saluran gas di Putra Heights. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Persatuan Bank Dalam Malaysia (ABM) menyatakan ia komited untuk memberi sokongan kepada mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.
ABM menyarankan mereka yang terjejas yang mempunyai pinjaman dengan bank supaya menghubungi bank masing-masing bagi membincangkan sokongan yang ada, melalui laman web rasmi atau talian perkhidmatan pelanggan bank.
“Kami faham bahawa bencana ini telah menyebabkan kesusahan dan gangguan terhadap kehidupan seharian mereka,” lapor Bernama.
ABM berkata anggotanya sedia membantu berdasarkan keadaan individu terbabit.
“ABM bersama dengan komuniti yang terjejas dan komited untuk bekerja dengan anggota kami bagi menyokong mereka yang memerlukan,” katanya lagi.
Mereka yang terjejas boleh hubungi ABMConnect pada 1300-88-9980 atau e-mel: [email protected].
Sementara itu, syarikat insurans iaitu Takaful Malaysia dan Etiqa turut menyatakan kesediaan untuk membantu pelanggan yang terjejas.
Pelanggan Takaful Malaysia boleh menghubungi talian 012-9271686 atau 017-3283543 untuk tuntutan bukan motor, atau 1800-888-788 bagi tuntutan motor.
Etiqa pula mengumumkan ia akan meluluskan tuntutan untuk pelanggan yang layak tanpa memerlukan laporan polis bagi memastikan proses tuntutan lebih lancar dan pantas.
Pemegang polisi Etiqa yang terjejas boleh menghubungi Talian Khas Etiqa — Tuntutan Letupan Putra Heights melalui WhatsApp di 011-16306646 atau menghubungi 03-2692 8188.
Source link
Prev Post