BURGER King Malaysia memberi kejutan kepada “Ratu Burger” sempena Hari Wanita Antarabangsa yang disambut hari ini, di semua 105 cawangan seluruh Malaysia.
Ketua Pemasaran Burger King Malaysia, Goh Yin Yin berkata, kejutan akan diberikan kepada pelanggan wanita berupa kotak bungkusan edisi khas apabila membuat pesanan di kaunter.
“Keistimewaan kotak bungkusan ini adalah bahagian dalam penutupnya dilengkapi cermin muka yang membawa mesej, “anda adalah unik”, katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.
Menurutnya, konsep cermin di dalam kotak itu untuk mengingatkan wanita akan peranan istimewa mereka dalam masyarakat.
“Hari Wanita Antarabangsa adalah acara penting buat Burger King dan kami mahu memanfaatkan hari istimewa ini memandangkan majoriti pelanggan kami adalah wanita.
“Setiap orang unik, tetapi apa yang menyatukan kita semua sebagai wanita adalah keupayaan kita yang luar biasa dalam menjaga dan mengasuh setiap orang di sekeliling kita.
“Kita semua layak memakai mahkota,” katanya.
Goh berkata, sempena meraikan hari istimewa ini, Burger King memberi peluang kepada pelanggan wanita yang membeli burger dalam kotak bungkusan edisi khas untuk merebut peluang memenangi kad hadiah jenama kosmetik bernilai RM300 dengan menyertai pertandingan swafoto.
Semua pelanggan wanita juga akan menerima diskaun sebanyak 50 peratus apabila mereka membeli antara tiga pilihan Burger King Mushroom Swiss burger iaitu Double Swiss Mushroom, Single Swiss Mushroom dan Mushroom Swiss Tendergrill.