Kemas kini platform digital setiap hari

0

PENGEKSPORT Malaysia harus memanfaatkan saluran digital seperti aplikasi MyExport, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) untuk memastikan keterlibatan bersama-sama pelanggan kekal terjalin meskipun pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Wan Latiff Wan Musa berkata, potensi perdagangan dalam talian yang dipaparkan di MyExport memberi peluang kepada pengeksport Malaysia menyediakan tawaran perniagaan mengikut kehendak pelanggan.

Beliau berkata, kepintaran perdagangan ini dikemas kini setiap hari oleh 46 pesuruhjaya perdagangan Matrade di seluruh dunia.

“Memanfaatkan platform digital sudah menjadi normal baharu kepada perniagaan bukan sahaja untuk bertahan, malah supaya sentiasa ada di pasaran eksport.

“Sebagai pelengkap kepada potensi perdagangan ini, MyExport menyediakan maklumat pasaran yang dikemas kini untuk memastikan pengeksport Malaysia sentiasa mengikuti trend perniagaan antarabangsa dan peluang eksport terkini.

“Saya yakin dalam situasi pada masa ini, platform dalam talian adalah penting kepada pengeksport Malaysia untuk kekal berhubung dengan pembeli asing yang berpotensi yang dapat diterjemahkan dalam perjanjian perniagaan yang sebenar,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada tahun lalu, MyExport menyiarkan 4,157 potensi perdagangan daripada pengimport di 112 negara yang ingin mendapatkan produk dan perkhidmatan dari Malaysia dan sehingga Jun 2020, sebanyak 1,158 peluang disenaraikan di MyExport.

Antara produk yang diminati oleh syarikat asing adalah makanan, material bangunan dan pembinaan, bahan kimia, perabot dan bahagian serta komponen automotif.

Ketika pandemik itu, produk perubatan termasuk sarung tangan perubatan, pelitup muka, gaun hospital dan pensanitasi adalah yang paling mendapat permintaan.

Pertanyaan diterima dari seluruh dunia terutama Amerika Syarikat, Eropah, India, Afrika, Amerika Latin dan negara Asia Tenggara.

MyExport yang ketika ini mempunyai hampir 13,000 pelanggan turut memberi peluang kepada pengeksport Malaysia untuk menilai kesediaan eksport mereka menerusi Alat Penilaian Kesediaan Eksport (Erat) dan menyemak status permohonan mereka bagi program Matrade dan kemudahan eksport.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM444,613.54
Ethereum (ETH) RM11,070.18
Tether (USDT) RM4.28
BNB (BNB) RM2,779.13
USDC (USDC) RM4.28
XRP (XRP) RM10.32
BUSD (BUSD) RM4.24
Cardano (ADA) RM3.29
Solana (SOL) RM730.34
Dogecoin (DOGE) RM0.967867
Polkadot (DOT) RM20.60
Polygon (MATIC) RM1.03
Lido Staked Ether (STETH) RM11,065.43
Shiba Inu (SHIB) RM0.000064
Dai (DAI) RM4.28
TRON (TRX) RM1.17
Avalanche (AVAX) RM100.34