Keputusan peperiksaan Sijil Amalan Guaman terburuk dalam 3 tahun

0

Menurut Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (LPQB) calon hanya diberi peluang sebanyak tiga kali untuk menduduki peperiksaan, jika gagal mereka tidak boleh menjalankan amalan guaman di negara ini.
PETALING JAYA: Keputusan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) tahun ini mencatatkan prestasi terburuk dalam tempoh tiga tahun apabila hanya 303 daripada kira-kira 1,500 calon lulus peperiksaan itu.
Menurut keputusan dikeluarkan hari ini yang dilihat FMT, peratusan calon lulus adalah kira-kira 20%. Pada 2020, 417 daripada 1,992 calon atau 21% lulus manakala tahun lalu 399 daripada 1,656 calon atau 24% lulus peperiksaan tersebut.
Tahun ini, hanya tujuh calon berjaya memperoleh keputusan kelas kedua (bawah) manakala selebihnya adalah kelas tiga. Tiada calon berjaya memperoleh keputusan kelas kedua (atas) atau kelas pertama.
Peperiksaan itu dijalankan selama 10 hari pada Oktober lalu. CLP diperlukan untuk membolehkan graduan undang-undang menjalankan amalan guaman di Malaysia.

Seramai 191 calon pula memperoleh kelulusan bersyarat, yang bermakna mereka hanya gagal satu daripada lima kertas peperiksaan dan dibenarkan mengulang semula kertas itu tahun depan untuk lulus penuh.
Bagaimanapun, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (LPQB) dalam satu notis memberi amaran calon hanya diberi peluang sebanyak tiga kali, sekiranya gagal ketiga-tiga cubaan itu mereka tidak boleh menjalankan amalan guaman di negara ini.
Kebanyakan yang memperoleh kelulusan bersyarat gagal kertas Prosedur Awam (69 calon), Amalan Profesional (59), Prosedur Jenayah (26), Bukti (16) dan Kertas Am (21).
Jumlah calon lulus yang rendah dan had berapa kali calon boleh mengambil peperiksaan CLP dikritik oleh beberapa pihak yang berkata, ini menyebabkan ribuan pelajar Malaysia tidak boleh menjadi peguam selepas membayar yuran yang mahal untuk mendapatkan ijazah.

Mereka mendesak peperiksaan CLP disemak semula bagi membolehkan ia lebih berorientasi praktikal bukannya berdasarkan menghafal sesuatu kes.
Kata mereka, ramai pelajar undang-undang mahu melihat perubahan keseluruhan dalam struktur peperiksaan CLP, yang dirasakan sudah ketinggalan zaman kerana terlalu banyak untuk diingati dan dihafal.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM455,788.68
Ethereum (ETH) RM10,566.98
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,811.27
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.77
BUSD (BUSD) RM4.22
Cardano (ADA) RM3.12
Solana (SOL) RM729.56
Dogecoin (DOGE) RM0.939688
Polkadot (DOT) RM19.00
Polygon (MATIC) RM0.975546
Lido Staked Ether (STETH) RM10,557.80
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.14
Avalanche (AVAX) RM96.09