Kerajaan komited kesan rakyat Malaysia ‘hilang’ di luar negara

0

Mohamad Hasan melancarkan Inisiatif Kampung Angkat Madani dan Korban 1445H/2024 Kementerian Luar di Dewan Orang Ramai Kampung Kanchong, Rantau, Seremban. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Wisma Putra sentiasa komited membantu menjejaki rakyat Malaysia yang dilaporkan ‘hilang’ di luar negara untuk dibawa pulang ke tanah air menerusi pelbagai kaedah dan saluran.

Menteri Luar, Mohamad Hasan, berkata bagaimanapun agak sukar bagi pihaknya mengesan individu berkenaan jika mereka sendiri membuat pilihan untuk tidak mahu dikesan atau sengaja ‘menghilangkan diri’.

Katanya, selain menjalinkan hubungan diplomasi antara negara, menjadi tugas Wisma Putra menguruskan dan mengambil tahu hal ehwal rakyat Malaysia di luar negara.

“Masalahnya kadang-kadang, mereka tidak mahu diketahui berada di negara terbabit, jadi bagaimana kita nak buat kerja, sekurang-kurangnya keluarga tahu mereka ada di mana dan boleh menghubungi kami (untuk bawa pulang), jadi tak timbul soal Wisma Putra tak ambil tahu.

“Kita ada banyak saluran dan hubungan, kita boleh guna macam-macam sumber termasuk kedutaan negara terlibat di sini, polis dan Interpol, macam-macam kita boleh buat tapi kalau dah tak tahu, mustahil untuk kita kesan dan beri pertolongan apa jua yang diperlukan,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Kampung Angkat Madani dan Korban 1445H/2024 Kementerian Luar di Dewan Orang Ramai Kampung Kanchong, Rantau, Seremban.

Media baru-baru ini melaporkan seorang ibu berusia 77 tahun dari Kulai, Johor, memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat untuk mengesan anak sulungnya selepas dilaporkan hilang sejak 36 tahun lalu tanpa khabar berita selepas menamatkan pengajian di University of Southwestern Louisiana, Amerika Syarikat.

Mohamad turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara mendaftar dan memaklumkan kehadiran mereka kepada kedutaan atau pesuruhjaya tinggi di negara berkenaan.

“Mereka mesti berhubung, mendaftar, menghubungi kedutaan supaya kita tahu di negara itu ada sejumlah rakyat Malaysia yang belajar dan bekerja serta bermastautin, tinggal atau menjadi penduduk tetap,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM403,355.62
Ethereum (ETH) RM7,731.39
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,520.59
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.29
BUSD (BUSD) RM4.23
Cardano (ADA) RM2.93
Solana (SOL) RM625.63
Dogecoin (DOGE) RM0.738843
Polkadot (DOT) RM17.00
Polygon (MATIC) RM0.991426
Lido Staked Ether (STETH) RM7,727.94
Shiba Inu (SHIB) RM0.000055
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM85.74