Kes rogol, sumbang mahram tidak hanya berlaku di Kelantan, kata MB

0

Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud, berkata setiap individu wajib menjaga diri dan ahli keluarga daripada ‘api neraka’.
PETALING JAYA: Kes rogol tidak hanya berlaku di Kelantan, kata Menteri Besar Mohd Nassuruddin Daud mengulas kebimbangan polis negeri dengan peningkatan kes itu dan sumbang mahram.
Katanya, semua pihak termasuk ibu bapa dan kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab masing-masing mendidik anak-anak supaya tidak terjerumus dengan gejala berkenaan.
Namun, kerajaan negeri tidak bermaksud untuk berlepas tangan, sebaliknya sentiasa membincangkan isu sosial dan mencari pendekatan terbaik mendidik rakyat di negeri itu.
“Kita berusaha sebaik mungkin dalam konteks bidang kuasa kerajaan. Namun, jika ibu bapa tidak memainkan peranan mereka memantau anak masing-masing, usaha ini sukar untuk berjaya.
“Setiap individu wajib menjaga diri dan ahli keluarga mereka daripada api neraka,” katanya menurut Bernama selepas hadir Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan, di Kota Bharu.
Beliau menyeru ibu bapa wajib ambil tahu dan pantau pergerakan anak-anak.
Semalam, Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat berkata sepanjang tahun lalu sebanyak 252 kes rogol dan sumbang mahram direkod, meningkat berbanding 2023 membabitkan 206 kes.
Katanya, bagi suku pertama tahun ini juga merekodkan peningkatan 17.1%, berbanding tempoh sama tahun lalu.
“Bagi saya, kes rogol dan sumbang mahram sangat membimbangkan. Jika dulu lelaki yang mencari perempuan, namun kini di Kelantan sebaliknya yang berlaku, apabila perempuan yang mencari lelaki untuk membuat hubungan,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM410,826.89
Ethereum (ETH) RM7,829.70
Tether (USDT) RM4.33
BNB (BNB) RM2,600.44
USDC (USDC) RM4.33
XRP (XRP) RM9.56
BUSD (BUSD) RM4.32
Cardano (ADA) RM2.99
Solana (SOL) RM643.93
Dogecoin (DOGE) RM0.756949
Polkadot (DOT) RM17.79
Polygon (MATIC) RM1.04
Lido Staked Ether (STETH) RM7,827.15
Shiba Inu (SHIB) RM0.000058
Dai (DAI) RM4.33
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM91.27