Kes tuntutan palsu projek lembu RM20.3 juta, pengarah, pemilik syarikat direman

0


Pengarah dan pemilik itu didakwa mengemukakan tuntutan palsu kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedangkan tiada pembekalan dibuat. (Gambar Bernama)

ALOR SETAR: Seorang pengarah dan pemilik sebuah syarikat direman empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berkaitan insentif pembayaran Projek Penternakan Lembu Tenusu di Kedah berjumlah RM20.3 juta, pada 2015.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim terhadap dua lelaki berusia 51 dan 52 tahun selepas permohonan reman dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Alor Setar.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 51 tahun yang juga pengarah syarikat ditahan di Pejabat SPRM Kedah pada 1 tengah hari sebelum seorang lagi lelaki berusia 52 tahun, juga pemilik syarikat ditahan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Simpang Renggam, Johor, pada 3 petang semalam.

Penahanan tersebut berikutan maklumat mengatakan pada 2015, beberapa buah syarikat dipercayai bersubahat mengemukakan tuntutan palsu berkaitan insentif pembayaran Projek Penternakan Lembu Tenusu.

“Projek itu di bawah Kluster Tenusu Entry Point Project 13 (EPP 13) Economy Transformation Plan (ETP) yang bernilai RM20.3 juta (dengan tuntutan itu dibuat) kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedangkan tiada pembekalan dibuat…RM20.3 juta ini nilai projek keseluruhan, (nilai) tuntutan (masih) dalam semakan, tetapi (dipercayai) cecah jutaan ringgit,” menurut sumber.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM439,717.73
Ethereum (ETH) RM10,705.23
Tether (USDT) RM4.24
BNB (BNB) RM2,773.83
USDC (USDC) RM4.24
XRP (XRP) RM9.07
BUSD (BUSD) RM4.18
Cardano (ADA) RM2.84
Solana (SOL) RM657.44
Dogecoin (DOGE) RM0.801395
Polkadot (DOT) RM16.92
Polygon (MATIC) RM0.876883
Lido Staked Ether (STETH) RM10,692.38
Shiba Inu (SHIB) RM0.000053
Dai (DAI) RM4.24
TRON (TRX) RM1.14
Avalanche (AVAX) RM85.69