Kes VLN Zahid: Pendakwa fail petisyen rayuan

0

Pendakwaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 tuduhan rasuah.
PUTRAJAYA: Pihak pendakwaan memfailkan petisyen rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 tuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat untuk menyambung kontrak berkaitan sistem visa luar negara (VLN) dan pusat sehenti di China.
Menurut sumber, petisyen itu menyenaraikan 15 alasan mengapa Mahkamah Rayuan perlu membatalkan pembebasan Zahid dan mengarahkannya membela diri atas tuduhan berkenaan.
Zahid yang juga presiden Umno dilantik sebagai timbalan perdana menteri untuk kali kedua selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim dipilih menerajui kerajaan perpaduan susulan pilihan raya umum ke-15 lalu. Beliau kini juga menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.
Sumber berkata, rayuan itu difailkan di Mahkamah Rayuan hari ini, selepas pihak pendakwaan menerima rekod rayuan daripada pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam pada minggu lalu.

Pada bulan lalu, Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pengurusan kes pada 10 Jan ini sementara menunggu rekod berkenaan disiapkan.
Hakim Mahkamah Tinggi Yazid Mustafa pada 23 Sept lalu membebaskan Zahid selepas memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Yazid berkata, kes pendakwaan gagal kerana tiga saksi utamanya tidak boleh dipercayai.
Zahid, 69, didakwa atas 33 tuduhan menerima rasuah berjumlah SGD13.56 juta (RM42 juta) daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) ketika menjadi menteri dalam negeri, untuk menyambung kontrak firma itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan sistem VLN, serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak bagi pembekalan sistem bersepadu VLN.

Dia juga didakwa atas tujuh lagi tuduhan memperoleh untuk dirinya SGD1.15 juta; RM3 juta; 15,000 franc Swiss; dan USD15,000 daripada syarikat sama berkaitan dengan tugas rasminya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM402,814.40
Ethereum (ETH) RM7,699.09
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,517.23
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.25
BUSD (BUSD) RM4.26
Cardano (ADA) RM2.92
Solana (SOL) RM624.27
Dogecoin (DOGE) RM0.735523
Polkadot (DOT) RM17.05
Polygon (MATIC) RM0.988933
Lido Staked Ether (STETH) RM7,691.46
Shiba Inu (SHIB) RM0.000055
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM85.70