Khidmat pengerusi Finas ditamat serta-merta

0

Senator Zurainah Musa dilantik sebagai pengerusi Finas mulai 10 Jun lalu dan sepatutnya tamat pada 9 Jun 2024, tetapi perkhidmatannya ditamatkan 8 Dis lalu. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Senator Zurainah Musa mengesahkan tempoh perkhidmatannya sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dipendekkan Kementerian Komunikasi dan Digital.
Beliau dalam kenyataan hari ini memaklumkan sudah menerima surat berhubung perkara itu daripada Pejabat Menteri Komunikasi dan Digital serta ia selaras kuasa menteri di bawah Seksyen 4(2) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981.
“Sebagai menteri baharu, perkara ini merupakan prerogatif beliau (Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil) dan saya memahami, sebagai pucuk pimpinan baharu di kementerian, beliau akan mempunyai visi serta cara kerja sendiri yang ingin dibawa dan memerlukan sokongan ahli pasukannya sendiri.”
Untuk rekod, tugas Zurainah sebagai pengerusi Finas dilapor ditamatkan serta-merta 8 Dis lalu. Kontraknya yang bermula 10 Jun lalu, sepatutnya tamat pada 9 Jun 2024.

Beliau turut menjelaskan tindakan Kementerian Komunikasi dan Digital itu tiada kaitan dengan tohmahan sesetengah pihak berlaku penyelewengan dana Finas.
Minggu lepas, media tempatan melaporkan dakwaan bekas ahli Perbadanan Finas, Eizlan Yusof bahawa tindakan memendekkan tempoh perkhidmatan Zurainah ada kaitan dengan isu penyelewengan dana projek Pameran Hantu anjuran Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM).
Zurainah berkata, beliau sedia membantu bakal penggantinya menghadapi pelbagai cabaran dalam industri filem, antaranya isu kebajikan ahli industri, terutama kru filem yang berada di tahap kritikal.
“Kita perlu memastikan mereka bukan hanya dilindungi skim perlindungan insurans sosial (seperti Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial), malah kita perlu menangani isu gaji yang adil dan setimpal bagi mereka.”

Beliau berkata, kepimpinan baharu agensi itu juga perlu menekankan keperluan tersebut dalam bajet kerajaan perpaduan.
“Kita perlu juga mengkaji cara mendapatkan institusi kewangan memahami industri ini serta memperkenalkan kemudahan pembiayaan tidak membebankan bagi memastikan kemampanan industri secara menyeluruh dan tidak hanya bergantung kepada geran kerajaan.”
Selain itu, katanya, usaha mempromosi negara sebagai destinasi penggambaran filem antarabangsa perlu dipandang serius supaya industri perfileman Malaysia tidak ketinggalan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM440,388.66
Ethereum (ETH) RM10,990.45
Tether (USDT) RM4.29
BNB (BNB) RM2,806.36
USDC (USDC) RM4.29
XRP (XRP) RM10.64
BUSD (BUSD) RM4.26
Cardano (ADA) RM3.32
Solana (SOL) RM737.07
Dogecoin (DOGE) RM0.977188
Polkadot (DOT) RM20.59
Polygon (MATIC) RM1.02
Lido Staked Ether (STETH) RM10,991.18
Shiba Inu (SHIB) RM0.000065
Dai (DAI) RM4.29
TRON (TRX) RM1.16
Avalanche (AVAX) RM102.71