KLINIK PAKAR PERGIGIAN PEDIATRIK DENTAL VALET SHAH ALAM

0

Dental Valet menjadi pilihan ramai kerana layanan dan keselesaan yang diberikan. Sesiapa yang mengalami trauma Klinik Pergigian, mesti faham apa yang Ruby maksudkan. Sebab, ramai mengelak menerima rawatan ke klinik pergigian pada awal usia kerana pengalaman rawatan oleh kenalan. Malah, mereka hanya akan pergi apabila tidak dapat menahan sakit dan tiada pilihan lain.

Hakitkatnya, kita perlu menjaga kesihatan oral dengan sebaiknya agar lebih memahami tentang keadaan kesihatan gusi dan gigi kita. Namun, bagi mereka yang kurang pendedahan tentang kesihatan oral, perkara ini amat membimbangkan. Bukan sahaja merisaukan empunya badan, tetapi doktor gigi juga risau apabila pesakit yang datang dengan pelbagai masalah oral.

Pengalaman kerja di lapangan yang sering berhadapan dengan rawatan kepada masyarakat adalah asbab utama mengapa Dr. Nazatul bersemangat membuka cawangan Dental Valet. Beliau ingin terus memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mendapatkan rawatan pergigian dan memahami tentang kesihatan oral.

Dental Valet adalah sebuah pusat pergigian one stop family dental centre yang menawarkan semua jenis perkhidmatan pergigian, dari rawatan am sehingga rawatan pakar. Dental Valet tidak mahu pesakit dirujuk keluar dan mencari pakar, tetapi pakar yang datang ke klinik ini dan memberi rawatan. 

Klinik Pakar Pergigian Pediatrik Dental Valet Shah Alam mempunyai 2 tingkat, 9 bilik rawatan, 2 buah bilik pensterilan, bilik x-ray, surau, bilik menyusu dan persalinan bayi serta bilik rehat untuk doktor dan staf bertugas.

Dekorasi tingkat satu khas untuk kanak-kanak dengan tema underwater world yang ceria dan memberi keterujaan kepada pesakit, ruang menunggu juga disediakan dengan bilik khas untuk kanak-kanak bermain dan ini mengurangkan rasa gementar. Ibu bapa yang membawa anak-anak ke klinik akan berasa tenang dan santai di ruang ini. 

Dental Valet juga sedang aktif mencari lokasi yang sesuai untuk pembukaan beberapa klinik bagi perancangan syarikat pada tahun-tahun akan datang. Dalam tempoh 10 tahun, Dental Valet menyasarkan untuk membuka sebanyak 70 cawangan klinik, sebuah akademi latihan pergigian dan juga penghasilan produk penjagaan oral Dental Valet.

DV Group Berhad juga menyasarkan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dalam masa lima tahun dengan nilaian RM300 juta. Pengumpulan dana yang pertama telah dijalankan pada April 2022 yang lepas. Hasil daripada pengumpulan tersebut kami telah menyiapkan Klinik Pakar Pergigian Pediatrik Dental Valet Shah Alam di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Kini DV Group Berhad di fasa pengumpulan dana pusingan kedua (co-founder 2) yang dijangka berakhir pada Jun 2023. DV Group Berhad ingin menjemput pelabur-pelabur yang berminat untuk menjayakan misi ke bursa. Pulangan pelaburan dijangkakan sebanyak enam belas kali selepas lima tahun dengan pembayaran dividen sehingga 70 peratus dari keuntungan selepas penolakan cukai. 

Hingga suku ke-2 tahun hadapan, satu lagi cawangan klinik akan dibuka di Damansara dan merancang untuk melengkapkan fasiliti di Klinik Pakar Pergigian Pediatrik Dental Valet Shah Alam dengan menambah kerusi pergigian dari enam buah kepada sembilan termasuk fasiliti xray dan bilik pesakit berkeperluan khas.

DV Group Berhad membuka cawangan ke dua Dental Valet dengan nama Klinik Pakar Pergigian Pediatrik Dental Valet Shah Alam selepas kejayaan cawangan pertama di Bandar Baru Bangi yang beroperasi sejak tahun 2016. 

Syarikat Pemegang Pelaburan yang diasaskan oleh Dr. Nazatul Sabariah Ahmad, 41 turut mengendalikan klinik pergigian ini dan fokus pesakit di kalangan kanak-kanak sejak bayi sehingga remaja berusia 17 tahun termasuk kanak-kanak di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU).

Dr. Nazatul juga merupakan Pakar Perunding Pergigian Kanak-Kanak dan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif DV Group Berhad untuk rangkaian Klinik Pergigian Dental Valet dan anak-anak syarikat.

Pakar pergigian kanak-kanak sangat terhad jumlahnya di Malaysia, statistik mendapati ramai pesakit kanak-kanak tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk mendapatkan rawatan. Kekangan latihan di kalangan doktor pergigian umum juga telah menyebabkan ramai pesakit kanak-kanak mempunyai pengalaman yang negatif.

Namun untuk pesakit dewasa yang telah mengalami trauma sejak kecil dengan rawatan pergigian tidak dilupakan. Dental Valet juga memfokus kepada pesakit dewasa yang ‘anxious’ dan dental phobic. Mereka ini juga mempunyai ruang untuk mendapatkan rawatan pergigian yang istimewa oleh pakar-pakar Dental Valet kami. 

Penjagaan anak kecil bermula dari ibu, jadi kumpulan ibu mengandung juga merupakan sasaran untuk pemberian kesedaran penjagaan pergigian dan seterusnya mereka ini dapat menjaga kesihatan gigi anak-anak sedari awal.

Dental Valet menyediakan rawatan painless dentistry dan juga sedation. Di klinik, kami melakukan sedasi pernafasan (Inhalation sedation) dan jika pesakit kanak2 yang tidak bekerjasama atau factor umur yang muda maka rawatan di bawah bius penuh dijalankan di hospital oleh saya dan pakar lain dengan bantuan pakar bius. 

Rawatan ini juga sesuai untuk pesakit dewasa yang memerlukan pembedahan mulut dan rahang. Selain pergigian kanak2, Dental Valet juga menyediakan rawatan pakar braces, restorative, implant dan maksilofasial.  

KLINIK PAKAR PERGIGIAN PEDIATRIK DENTAL VALET SHAH ALAM

Klinik Pakar Pergigian Pediatrik Dental Valet Shah Alam dirasmikan oleh Yang Berhormat ADUN Kota Anggerik, Najman Halimi. Semasa perasmian, YB sangat teruja dengan pembukaan klinik pergigian yang bakal memberi pilihan kepada masyarakat setempat terutamanya warga Shah Alam. Selain itu, perancangan kerjasama bersama dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat untuk memberi kesedaran kesihatan oral turut menjadi initipati ucapan. Ini kerana pendedahan dan pendidikan kesihatan oral harus diteruskan melalui program kesihatan.

KLINIK PAKAR PERGIGIAN PEDIATRIK DENTAL VALET SHAH ALAM SELESA UNTUK KANAK-KANAK KURANG UPAYA

Dental Valet juga menyediakan rawatan kepada kanak-kanak berkeperluan khas seperti autism, downs syndrome, cerebral palsy dan ADHD. Rawatan pergigian di Dental Valet disediakan untuk semua. Sebelum mendapatkan rawatan di Dental Valet, pasukan khas akan menghubungi ibu bapa atau penjaga untuk memaklumkan bagaimana ingin memberi keyakinan kepada anak-anak.

KLINIK PAKAR PERGIGIAN PEDIATRIK DENTAL VALET SHAH ALAM

Gambar atau video klinik akan diberikan kepada ibu bapa agar boleh dikongsikan kepada anak-anak. Apabika mereka seronok, mereka akan teruja untuk mendapatkan rawatan. 

Kanak-kanak ini memerlukan rawatan, bimbingan, bantuan, dan perhatian khusus daripada orang di sekeliling mereka. Janganlah kita menyisihkan mereka. Bantulah sedaya upaya, kerana mereka mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Kesihatan oral sangat penting untuk mereka. 

AKADEMI DENTAL VALET

Selain itu, Dental Valet juga membangunkan Akademi Dental Valet dan mula mengambil pelajar mulai bulan Januari 2023. Akademi ini bertujuan memberi latihan kepada doktor gigi am yang mempunyai minat di dalam bidang pergigian kanak-kanak dan juga memberi latihan kepada pembantu pembedahan pergigian. Selain itu asas mengendalikan perniagaan klinik pergigian juga akan menjadi salah satu silibus di akademi.

12 ORANG PAKAR PERGIGIAN TERSEDIA DI DENTAL VALET

KLINIK PAKAR PERGIGIAN PEDIATRIK DENTAL VALET SHAH ALAM

Dental Valet telah mengumpulkan seramai 12 orang Pakar Pergigian Kanak-Kanak untuk berkhidmat di klinik-klinik ini. Jumlah keseluruhan pakar di dalam kumpulan kami melebihi 20 orang dan dentist seramai lebih 10 org. Selain itu Dental Valet juga mewujudkan sistem latihan kepada doktor pergigian am yang berkhidmat di DV di mana mereka boleh mendapatkan latihan dari pakar semasa berkhidmat (live training and observation). 

Buat masa ini hanya terdapat lebih kurang 3000 klinik pergigian swasta yang didaftarkan sehingga bulan Disember 2021. Namun jika mengikut populasi rakyat Malaysia iaitu seramai 32 juta jumlah tersebut tidka mencukupi. Klinik pergigian kerajaan juga menawarkan segala rawatan namun terdapat senarai menunggu yang panjang untuk sesetengah jenis rawatan terutama bius penuh.

Mengikut data jabatan perangkaan, statistik populasi kanak-kanak di Malaysia ialah 9.19 juta pada 2022 manakala jumlah pakar pergigian kanak-kanak yang terdapat di negara ini adalah lebih kurang 80-100 orang. Jadi nisbah pakar adalah 1: >100000 kanak-kanak.

RAWATAN PERGIGIAN BERMULA SEAWAL GIGI PERTAMA TUMBUH SEMASA BAYI

Ibu bapa digalakkan membawa anak-anak seawal umur setahun atau gigi pertama tumbuh. Ini kerana doktor gigi dapat mengenal pasti dengan awal cara penjagaan gigi di rumah dan seterusnya dapat memberi nasihat yang sewajarnya.

KLINIK PAKAR PERGIGIAN PEDIATRIK DENTAL VALET SHAH ALAM

Kekangan utama adalah masa dan kesedaran dari pihak ibu bapa sendiri. Ramai ibu bapa menganggap bahawa gigi susu tidak memerlukan penjagaan rapi, namun persepsi itu adalah silap. 

Rawatan kesihatan gigi jika tidak dijaga akan rosak lebih teruk dan kes ini dipanggil early childhood caries. Ia boleh menyebabkan jangkitan bakteria dan bengkak muka. Sesetengah pesakit terpaksa dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut. 

Jadi, ibu bapa lebih mengambil berat tentang penjagaan gigi anak setelah lahir. Lawatan secara berkala ke klinik pergigian akan mendorong doktor gigi juga memberi nasihat yang sesuai untuk ibu bapa tentang teknik penjagaan kesihatan gigi yang betul si samping penggunaan ubat gigi berflorida di umur yang sesuai.

PENGALAMAN RAWATAN PERGIGIAN SEHARUSNYA LEBIH MENGGEMBIRAKAN

Melalui pengalaman sakit gigi, kebiasaannya rawatan yang diterima di klinik kerajaan adalah paling ramai mengalami trauma. Dari kecil sampai dah dewasa. Trauma masih lagi ada. Sehinggakan ada yang skip rawatan susulan dan pemeriksaan 6 bulan sekali. 

Ruby sendiri mengalami trauma rawatan gigi di klinik kerajaan. Trauma yang di alami adalah sakit gigi beberapa hari, kemudian ke klinik gigi, tiada tempahan rawatan, hanya datang mengikut waktu operasi, waktu menunggu terlalu lama. Sehingga abah perlu ambil cuti kerja. Apabila tiba waktu rawatan, hanya proses tampalan sahaja berlaku. Tiada proses membersihkan gigi seperti scalling. Kemudian siap. Sangat cepat. 

Namun, di Dental Valet tidak akan sesekali menghakimi para pesakit. Malah, ia sememangnya tugas mereka untuk pesakit pulang dengan senyuman yang lebar. Seterusnya membawa pulang memori indah selepas rawatan gigi.

Rawatan yang paling popular adalah ‘teeth polishing’ atau pemberusan gigi dengan menggunakan mesin, fluoride varnish dan juga tampalan. Melalui kaedah pujukan terhadap pesakit kanak-kanak ini lazimnya mereka merasa gembira dan ingin datang semula ke klinik. 

Lawatan ke klinik gigi bukan sahaja untuk merawat tetapi untuk pencegahan seperti- Fluoride varnish dan fissure sealant. Setelah rawatan dijalankan, kanak-kanak ini akan diberi hadiah jadi mereka sentiasa teruja dengan apa yang mereka perolehi terutamanya apabila berjaya menjalani rawatan tanpa tangisan.

Dalam perawatan pergigian kanak-kanak, terdapat teknik pengendalian pesakit yang dipanggil non-pharmacological behaviour management. Teknik ini termasuk lah bercakap dengan nada yang berbeza-beza untuk menarik perhatian pesakit, melekakan pesakit dengan bercerita (distraction) dan juga positive reinforcement. Terdapat banyak lagi kaedah yang digunakan untuk pengendalian pesakit ini namun ia memerlukan latihan intensif dan praktikal.

Tindak balas pesakit bersifat subjektif namun apabila mendapat rawatan daripada pakar pergigian kanak-kanak, mereka yang takut akan di beri masa bertenang kerana reaksi mereka akan berubah daripada masa ke masa. 

Untuk meredakan keadaan, Dental Valet berusaha menyediakan hadiah-hadiah yang menarik pada setiap kali lawatan yang bertujunan mendorong serta memberi motivasi kepada pesakit cilik ini. 

Manakala yang pernah menghadapi trauma daripada pengalaman yang sebelumnya dan tidak dapat memberi kerjasama yang baik, rawatan di bawah bius penuh akan disarankan. Setelah masalah mereka selesai, pesakit akan datang ke klinik dengan lebih positif.

ASPIRASI DENTAL VALET

Dental Valet telah menubuhkan ‘outreach team’ sejak mula beroperasi. Unit ini akan mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah swasta yang tidak dilawati oleh pasukan pergigian KKM. Kami juga aktif menyertai program-program bersama NGO dan juga sekolah pendidikan khas atau pusat terapi kanak-kanak istimewa. Selain itu pakar-pakar kami aktif memberi ceramah untuk meningkatkan kesedaran penjagaan gigi kanak-kanak melalui platform atas talian atau secara bersemuka.

KLINIK PAKAR PERGIGIAN PEDIATRIK DENTAL VALET SHAH ALAM

Sebagai seorang pakar pergigian kanak-kanak yang sangat terhad jumlahnya di Malaysia, saya mendapati ramai pesakit kanak-kanak tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk mendapatkan rawatan. Kekangan fasiliti mesra kanak2 dan latihan di kalangan doktor pergigian umum juga adalah faktor menyebabkan ramai pesakit kanak-kanak mempunyai pengalaman yang kurang positif.

Aspirasi Dr. Nazatul adalah untuk membantu kanak-kanak mendapatkan rawatan pergigian dalam suasana yang menggembirakan, menarik dan menenangkan di Dental Valet (DV).

50 klinik pergigian di Shah Alam sahaja. Maka untuk bersaing merupakan satu cabaran besar. Namun kami memandang ia dari sudut positif. Rezeki adalah dari Allah subhanahuwataala. Kami tidak berniat untuk bersaing tetapi menyediakan support system kepada klinik pergigian umum untuk rujukan kes2 pakar.

DAFTAR JANJI TEMU DAN DAPAT BAUCAR DISKAUN DARI APLIKASI DR MOMMY BABY

Perbezaan Dental Valet dengan klinik pergigian yang lain adalah memudahkan para pesakit atau penjaga membuat janji temu. Melalui aplikasi Dr Mommy Baby, anda berpeluang untuk mendapatkan baucar diskaun untuk rawatan pergigian di Dental Valet.

MENGENAI PENGASAS DENTAL VALET

Dr. Nazatul mendapat kelulusan sebagai doktor pergigian dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun 2004. Beliau mula berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selama tiga tahun sebelum menyertai Fakulti Pergigian Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 2007 sebagai pensyarah pelatih. 

KLINIK PAKAR PERGIGIAN PEDIATRIK DENTAL VALET SHAH ALAM

Beliau menyambung pengajian dalam bidang Paediatric Dentistry di Eastman Dental Institute, University College London pada 2008 dan memperoleh Doctorate in Dentistry, Pediatric Dentistry tahun 2012. Dr. Nazatul pulang berkhidmat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sehingga tahun 2018 sebelum menyertai Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) seterusnya Avisena Specialist Hospital yang merupakan sebuah hospital pakar wanita dan kanak-kanak dan mengasaskan klinik pergigian di sana. 

Kini beliau masih menjalankan kerja-kerja klinikal di samping menguruskan syarikat DV Group Berhad dan anak anak syarikat di bawahnya. Buat masa ini Dental Valet berada di Bangi Sentral, Bandar Baru dan di Seksyen 13, Shah Alam Selangor dengan jumlah kakitangan melebihi 30 orang di unit klinikal dan unit pengurusan pejabat.

Beliau memilih bidang ini kerana sejak kursus sarjana muda lagi telah mempunyai pesakit di kalangan kanak-kanak yang sangat sukakan rawatan yang diberikan. Situasi tersebut berterusan apabila memasuki alam pekerjaan dan beliau teruja setiap kali memberikan rawatan yang terbaik kepada mereka dengan teknik yang betul. 

Begitu juga dengan golongan anak istimewa dan mempunyai masalah perubatan seperti cerebral palsy dimana mereka ini tidak dapat berjalan atau mempunyai kemahiran motor yang lemah. Melalui kesabaran dan minat yang mendalam, menjadikan Dr. Nazatul sangat bermotivasi untuk terus memberi rawatan kepada golongan ini. 

Setiap hari pelbagai ragam dan cabaran yang dilalui namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangat. Sebaliknya memacu beliau untuk terus ke hadapan di samping menarik minat pakar-pakar di dalam kumpulan yang sama untuk konsisten dalam perkhidmatan seterusnya menambah cawangan. Tujuannya memberi peluang rawatan yang terbaik dengan lebih luas lagi.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM457,299.16
Ethereum (ETH) RM10,622.07
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,811.99
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.82
BUSD (BUSD) RM4.18
Cardano (ADA) RM3.14
Solana (SOL) RM735.82
Dogecoin (DOGE) RM0.945218
Polkadot (DOT) RM19.21
Polygon (MATIC) RM0.977857
Lido Staked Ether (STETH) RM10,618.81
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM96.47