KPM – 14 Mei 2022

0

1 Logo Korporat KPM BM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan cemerlang pasukan KPM dalam Regeneron International Science and Engineering Fair 2022 yang telah diadakan pada 7 hingga 13 Mei 2022 di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Pasukan negara yang dianggotai oleh 14 orang murid sekolah menengah dan diiringi oleh dua orang pegawai dan  seorang guru pembimbing telah berjaya merangkul lapan (8) anugerah dalam pertandingan berprestij tersebut.

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), KPM melalui Pertandingan Inovasi Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2022 membiayai penyertaan enam (6) buah projek inovasi untuk dipertandingkan dalam Regeneron International Science and Engineering Fair (ISEF) 2022 anjuran Society for Science, Amerika Syarikat. Pertandingan inovasi sains antarabangsa terbesar dunia ini mengumpulkan sebanyak hampir 1,396 projek dan 1,750 peserta dari 63 buah negara pada tahun ini.

Penyertaan pasukan Malaysia dalam Regeneron ISEF 2022 merupakan penyertaan pertama secara bersemuka pasca pandemik Covid-19. Pasukan KPM pada kali ini telah melakar peningkatan pencapaian sekaligus mengharumkan nama negara di persada dunia. Pasukan Malaysia telah memenangi dua kategori anugerah iaitu Grand Awards dan Special Awards. Grand Awards merupakan pengiktirafan pencapaian tertinggi dalam Regeneron ISEF 2022. Senarai anugerah yang dimenangi oleh pasukan negara adalah seperti berikut;

1st Grand Award in Robotics and Intelligent Machines 

Yong Saan Cern

Yeoh Sheng Ze

SMJK Katholik , Petaling Jaya, Selangor

 

Hadiah tajaan Siegel Family Endowment:

i) USD5,000 untuk pasukan

ii) USD1,000 untuk sekolah

iii) USD 1,000 untuk KPM

 

European Union Contest for Young Scientists

Yong Saan Cern

Yeoh Sheng Ze

SMJK Katholik , Petaling Jaya, Selangor

 

Hadiah Tajaan Society for Science

Tajaan pembiayaan penyertaan dalam pertandingan European Union Contest for Young Scientists di Leiden, Belanda pada 13 hingga 18 September 2022.

 

4th Grand Award in Environmental Engineering

Najwa Ariena binti Mohamad Azizie

SMK Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan

 

Hadiah tajaan Jacobs

USD500

 

4th Grand Award in Chemistry

Alden Goh Kai Ray

Tan Chun Rui

Liew Ze Wei

SMJK Chung Ling, Pulau Pinang

 

Hadiah tajaan DOW

USD500

 

Special Awards pula merupakan pengiktirafan pencapaian oleh agensi penaja dari seluruh dunia. Senarai kejayaan adalah seperti berikut;

2nd Place in Sigma Xi, The Scientific Research Honour Society Special Award

Cheong Yan Yi

Lee Yi Fan

Alfred Chin Zhan Hoong

SMJK Chung Ling, Pulau Pinang

 

Hadiah tajaan Sigma Xi, The Scientific Research Honour Society

USD1,000

One year free Sigma Xi associate membership

Pelawaan membentangkan projek inovasi di International Forum on Research Excellence (IFoRE)

 

3rd Place in American Chemical Society Special Award

Alden Goh Kai Ray

Tan Chun Rui

Liew Ze Wei

SMJK Chung Ling, Pulau Pinang

 

Hadiah tajaan American Chemical Society

USD2,000

 

4th Place in Association for Computing Machinery Special Award

Yong Saan Cern

Yeoh Sheng Ze

SMJK Katholik, Petaling Jaya, Selangor

 

Hadiah tajaan Association for Computing Machinery

USD500

 

University of Arizona Special Award

Yong Saan Cern

Yeoh Sheng Ze

SMJK Katholik, Petaling Jaya, Selangor

 

Hadiah tajaan University of Arizona

Pembiayaan yuran pengajian selama setahun di University of Arizona

KPM menyahut cabaran Perdana Menteri Malaysia dalam menerajui Hala Tuju Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk meningkatkan minat murid dalam bidang STEM. Pencapaian pasukan negara merupakan inspirasi kepada murid dan guru seluruh negara untuk terus menceburkan diri dalam bidang STEM serta membudayakan pembelajaran secara inkuiri serta mengukuhkan pendidikan STEM di sekolah demi melahirkan murid yang kreatif, inovatif dan berdaya saing. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru terlibat!

 

REGENERON INTERNATIONAL SCIENCE AND ENGINEERING FAIR 2022 1

  REGENERON INTERNATIONAL SCIENCE AND ENGINEERING FAIR 2022 2

 

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM406,339.27
Ethereum (ETH) RM7,623.76
Tether (USDT) RM4.33
BNB (BNB) RM2,585.64
USDC (USDC) RM4.33
XRP (XRP) RM9.35
BUSD (BUSD) RM4.33
Cardano (ADA) RM2.93
Solana (SOL) RM615.07
Dogecoin (DOGE) RM0.736099
Polkadot (DOT) RM17.66
Polygon (MATIC) RM1.00
Lido Staked Ether (STETH) RM7,625.83
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.33
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM90.23