KPM siasat dakwaan pemberian bantuan jumlah tak sama

0





Satu video tular melalui aplikasi TikTok membabitkan seorang ibu kepada tiga anak yang belajar di sekolah sama yang mendakwa menerima jumlah bayaran bantuan awal persekolahan berbeza.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyiasat dakwaan berhubung pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang tidak mengikut kadar ditetapkan.

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan hal ini susulan daripada video yang tular melalui aplikasi TikTok membabitkan seorang ibu kepada tiga anak yang belajar di sekolah sama, tetapi menerima jumlah bayaran BAP berbeza.

“KPM akan menyiasat perkara itu dengan kerjasama pihak yang terlibat bagi mendapatkan maklumat lengkap berkaitan agar tindakan tegas dapat dilaksanakan sekiranya wujud kebenaran seperti didakwa,” katanya.

KPM turut memohon kerjasama semua murid, ibu bapa atau penjaga untuk membuat aduan secara rasmi melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KPM atau menghubungi talian 03-8884 6456.

Kenyataan itu menyebut semua butiran pengadu akan dirahsiakan demi menjaga kebajikan pihak yang membuat aduan.



Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM405,438.93
Ethereum (ETH) RM7,676.08
Tether (USDT) RM4.20
BNB (BNB) RM2,531.90
USDC (USDC) RM4.20
XRP (XRP) RM9.03
BUSD (BUSD) RM4.20
Cardano (ADA) RM2.85
Solana (SOL) RM613.56
Dogecoin (DOGE) RM0.723141
Polkadot (DOT) RM16.64
Polygon (MATIC) RM0.924593
Lido Staked Ether (STETH) RM7,668.43
Shiba Inu (SHIB) RM0.000054
Dai (DAI) RM4.20
TRON (TRX) RM1.02
Avalanche (AVAX) RM83.62