Kumpulan desak polis siasat video dakwa tiada orang India, hanya Tamil

0

Ahli Jawatankuasa Persekutuan Hak Asasi Manusia Global, S Sivakumar (dua dari kanan) dan wakil kumpulan India di luar pekarangan IPD Sentul. (Gambar GHRF)

PETALING JAYA: Pemuda MIC dan beberapa NGO mendesak polis menyiasat beberapa video TikTok didakwa menyemai perasaan benci terhadap masyarakat India Malaysia.

Ahli Jawatankuasa Persekutuan Hak Asasi Manusia Global (GHRF), S Sivakumar, berkata laporan polis telah dibuat berkait tiga video, yang mendakwa bahawa tidak wujud bangsa India.

“Video ini mendakwa tidak ada bangsa India, hanya kaum Tamil. Mereka tidak menghiraukan realiti bahawa kita mempunyai pelbagai etnik India seperti Telugu, Malayalee, Tamil, Punjabi, dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan.

Laporan polis itu dibuat orang awam, M Sivaneswary, di IPD Sentul, Kuala Lumpur.

Pemuda MIC, Malaysia Hindu Sangam, Kebajikan Masyarakat Sungai Buloh, One Malaysia Indian Association, dan Persatuan Kebajikan India Otrumai Padai, turut hadir memberi sokongan.

Sivakumar mendakwa video TikTok itu merendahkan maruah dengan tuduhan kesat terhadap golongan ibu kaum India, penganut Hindu, dan rakyat Malaysia berketurunan India.

Beliau mendakwa, video berkenaan juga membuat kenyataan mengancam terhadap Perdana Menteri India Narendra Modi, sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke India, minggu lalu.

“Mereka berniat mahu mengancam keamanan, kesatuan, dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami menyeru pihak berkuasa menyiasat perkara ini dengan serius. Mereka mesti dituduh untuk memberi pengajaran negara ini bukan tiada undang-undang,” kata Sivakumar.

FMT sedang mendapatkan ulasan lanjut polis.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM402,925.20
Ethereum (ETH) RM7,790.84
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,523.07
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.33
BUSD (BUSD) RM4.25
Cardano (ADA) RM2.92
Solana (SOL) RM624.57
Dogecoin (DOGE) RM0.741399
Polkadot (DOT) RM16.96
Polygon (MATIC) RM0.998786
Lido Staked Ether (STETH) RM7,786.02
Shiba Inu (SHIB) RM0.000055
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM84.89