Kurma memang berkhasiat tapi ada situasi kurma jadi tidak sihat kata dietitian

0

Banyak khasiat kurma tetapi tidak sesuai jika hanya makan kurma sahaja kerana akan hilang keseimbangan dalam badan.

Kurma menjadi hidangan yang wajib ketika di bulan Ramadan.

Sekurang-kurangnya mesti ada satu kotak di setiap rumah.

Namun kelebihan khasiat yang terkandung dalam kurma sememangnya tidak dinafikan lagi dan sebab itu ia elok diamalkan selalu dan bukannya hanya pada bulan Ramadan.

Oleh itu lain orang lain caranya mengolah pengambilan kurma dalam diet harian.

Sebenarnya bagaimana cara terbaik untuk menikmati kurma agar khasiat yang ada dalam kurma dapat “diserap” ke dalam tubuh sepenuhnya.

Ikuti perkongsian Dietitian Fizah Sobri ini.

Kurma memberi tenaga dengan cepat kerana ia kaya dalam pelbagai vitamin B, C zat besi, potassium, prebiotik dan macam macam lagi.

Ada situasi kurma menjadi tidak sihat iaitu apabila dicampur dan diubahsuai.

Namun ada perbezaan antara buah kurma fresh dengan produk berasaskan kurma (seperti susu kurma, kordial kurma).

Persoalannya sama ke khasiatnya seperti kurma fresh? Malangnya khasiat yang digunakan dalam produk tertentu tidak sama.

Apabila kurma dimasukkan dalam produk ia juga perlu pertambahan bahan-bahan lain atau proses tertentu untuk menjadikan ia tahan lama dan sedap dan ini sekaligus menukarkan komposisi kurma yang asli tadi.

Susu kurma

Jika kurma diambil secara segar atau tidak diproses dalam bentuk asli, kurma merupakan satu sumber yang kaya dengan zat besi, namun apabila digabung dengan susu dan dipasarkan kandungan zat besi tersebut banyak berkurangan sehingga 0%.

Kordial atau pati kurma

Ketika menjadikan kurma dalam bentuk cordial atau pati, kulit, rerambut atau serat telah dikopek dan dibuang.

Khasiat dari serat larut air pun hilang.

Khasiat hanya wujud jika ambil kurma dalam bentuk semulajadi dalam keadaan asal. Bukan dalam bentuk diproses atau diubahsuai.

Kurma merupakan satu sumber tenaga yang cepat dan masa rasa letih atau tidak bertenaga pengambilan kurma boleh memberi tenaga dengan cepat.

Tetapi bila buat aktiviti yang panjang dan berterusan seperti solat tarawih tak cukup ambil kurma sahaja.

Kita mesti ambil hidangan yang sihat, lengkap dan seimbang agar mendapat tenaga yang berpanjangan supaya dapat beribadah dengan sempurna.

Bagaimanapun jika ambil kurma, berhenti dan solat Maghrib dahulu, itu tiada masalah sebab bukan berpanjangan atau tidak mengambil masa yang lama.

Tetapi jika hanya berbuka dengan kurma dan sambung terus beribadah Terawih sehingga selesai anda boleh pengsan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM397,395.96
Ethereum (ETH) RM7,431.81
Tether (USDT) RM4.20
BNB (BNB) RM2,518.24
USDC (USDC) RM4.20
XRP (XRP) RM8.91
BUSD (BUSD) RM4.16
Cardano (ADA) RM2.74
Solana (SOL) RM603.90
Dogecoin (DOGE) RM0.701995
Polkadot (DOT) RM16.43
Polygon (MATIC) RM0.889064
Lido Staked Ether (STETH) RM7,422.35
Shiba Inu (SHIB) RM0.000052
Dai (DAI) RM4.20
TRON (TRX) RM1.03
Avalanche (AVAX) RM82.45