KWSP lanjut lagi tarikh akhir caruman Mac

0

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini melanjutkan lagi tarikh membuat bayaran caruman wajib bagi gaji Mac untuk caruman April 2020 dari 24 April kepada 30 April 2020.

Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima maklum balas dan permintaan daripada majikan supaya melanjutkan tarikh bayaran caruman hingga akhir bulan ini.

“Biasanya, majikan diwajibkan membuat bayaran caruman KWSP sebelum atau pada 15 hari bulan setiap bulan, tetapi semalam KWSP telah mengumumkan tarikh bayaran dilanjutkan kepada 24 hari bulan.

“Bagaimanapun selepas menerima maklum balas daripada majikan, tarikh itu telah dilanjutkan lagi kepada 30 April ini,” katanya.

Beliau berkata, majikan boleh membuat bayaran caruman itu melalui portal i-Akaun (Majikan) dalam laman sesawang KWSP, perbankan Internet atau di kaunter bank yang dilantik.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM418,300.78
Ethereum (ETH) RM7,953.81
Tether (USDT) RM4.32
BNB (BNB) RM2,594.72
USDC (USDC) RM4.32
XRP (XRP) RM9.55
BUSD (BUSD) RM4.32
Cardano (ADA) RM3.01
Solana (SOL) RM640.55
Dogecoin (DOGE) RM0.785865
Polkadot (DOT) RM17.93
Polygon (MATIC) RM1.03
Lido Staked Ether (STETH) RM7,947.98
Shiba Inu (SHIB) RM0.000058
Dai (DAI) RM4.32
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM91.75